Alkisah Pengkid dan Maknyah

November 23rd, 2008

Maknyah PengkidCerita tentang pengkid sudah menjadi isu hangat di sana sini. Malah ada juga sesetengah daripada mereka tanpa segan silu menunjukkan perangai yang melampaui batas di khalayak ramai. Ada yang sampai bergaduh kat depan kedai semata-mata kerana berebut perempuan. Fuh ganas. Lelaki pun tak macam tu. Diorang ni juga ada website, blog dan forum mereka sendiri untuk mereka berinteraksi sesame golongan mereka.

Pada bulan Oktober yang lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengharamkan pengkid iaitu perempuan yang membuat penampilaan seperti lelaki. Fatwa ni dikeluarkan kerana gejala ini semakin serius apabila golongan ini bukan sahaja bergaya dan berkelakuan seperti lelaki, malah mereka lebih meminati kaum sejenis daripada lelaki.

Namun, kita boleh lihat lagi ramai golongan pengkid ini bersepah di sana sini, bukan kat Kuala Lumpur je. Dekat negeri-negeri lain pun ada juga. Tindakan kena diambil dengan cepat sebelum gejala ini bertambah serius.

Satu lagi cerita pula berkenaan tentang lelaki maknyah. Haa.. kalau pengkid adalah perempuan berkelakuan seperti lelaki, maknyah pula terbalik. Isu maknyah ni memang sudah lama.. Tak payah cakap la, hampir semua orang pasti pernah berhadapan dengan golongan ini.

Apa yang bertambah sedih adalah ada beberapa pihak yang sudi menganjurkan pertandingan ratu maknyah (pondan) di Kuala Lumpur. Memang ramai la maknyah-maknyah yang datang untuk menyertai pertandingan ni kan? Seharusnya la kan.. Fatwa pengaharaman maknyah juga patut dikeluarkan segera kerana maknyah dan pengkid ni lebih kurang sama je.. Cuma konsep berbeza. Dan takkan la kita nak tengok satu masa nanti negara kita dipenuhi dengan golongan maknyah dan pengkid? Dunia dah terbalik. Dah tak cukup ke lelaki kat dunia ni?

Bertukar Ke RON95 Untuk Lebih Penjimatan?

November 21st, 2008

RON 95Semalam, Datuk Shahrir Samad telah berkata bahawa kerajaan bakal menggalakkan semua pemilik stesen minyak di negara kita menjual petrol tanpa plumbum jenis RON 95 bermula tahun depan.

Galakkan ini dibuat kerana harga petrol RON 95 dikatakan lebih murah berbanding RON 97 yang dijual dengan harga RM2 seliter sekarang. Beliau juga berkata RON 95 sesuai dengan semua jenis kenderaan ringan yang digunakan di negara ini dan kualitinya tidak jauh berbeza dengan petrol RON 97.

Jadi apa perbezaan antara RON95 dan RON 97? Tak bahaya ke kalau tiba-tiba kita bertukar daripada RON97 kepada RON 95? VOY pun buat sedikit research pasal benda ni.

RON = Research Octane Number.

Semakin tinggi RON = Lagi lambat meletus = Lagi kurang ‘Knocking’ = Lagi selamat enjin korang.

Untuk enjin pulak, semakin tinggi RON, Advance lagi banyak (so tingkatkan performance enjin).

Beza RON 95 dan RON 97 tak banyak sangat. Tapi disyorkan kalau kereta tu pakai RON97, jangan pakai RON rendah seperti RON 95. Sebab benda ni tak baik untuk enjin korang (cepat rosak).

Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai. Kalau nampak RON97 nasib la korang. Buat masa ni, banyak kereta ringan-ringan seperti Kancil, Kelisa, dan Viva, semuanya tak de masalah kalau nak guna RON 95 ni. Cuma kereta-kereta mewah seperti Mercedes dan BMW je digalakkan jangan pakai RON 95. Kalau pakai jugak, nanti rosak enjin karang.

Galakkan kerajaan menggunakan RON 95 ni seolah-olah macam serampang dua mata. Mereka yang guna kereta-kereta biasa ni dapat la rasa minyak yang lagi murah. Manakala mereka yang guna kereta mewah kena la bayar minyak lebih (lagi-lagi sekarang ni kerajaan dah tak kasi subsidi minyak). Dah pakai pakai kereta besar, so tanggung la sendiri.

click here to read the english version »

Gempa Bumi di Malaysia?

November 20th, 2008

Siapa sangka negara kita, Malaysia akan mengalami masalah gempa bumi. Semalam, gempa bumi berukuran 3.3 pada skala Ritcher berlaku di pedalaman Sandakan, Sabah pada pukul 1.53 tengah hari. Walaubagaimanapun, gempa bumi itu tidak akan membawa sebarang ancaman tsunami.

Agak terkejut juga apabila VOY dapat tahu berita ni. Yela Malaysia kan tidak terletak di dalam kawasan lingkaran api pasifik. Namun baru-baru ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof telah mengumumkan bahawa Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Lahad Datu merupakan empat kawasan yang berisiko tinggi di Malaysia untuk mengalami gempa bumi.

“Amaran awal adalah paling penting bagi memastikan penduduk bersedia menyelamatkan diri sekiranya berlaku gempa bumi dan ia dapat diberikan dalam tempoh 15 minit sekiranya berlaku pergerakan bumi,” katanya lagi.

Haa.. jangan sangka kita tinggal di Malaysia boleh terselamat daripada sebarang bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Tengok la sendiri pada 26 Disember 2004, di mana buat pertama kalinya negara kita dilanda tsunami dan telah mengorbankan banyak nyawa. Apabila perkara ini dah terjadi baru lah kita nak bertindak untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Ini bermaksud kita masih belum bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam. Dah terkena baru nak mengelak.

Lingkaran Api Pasifik

Sedikit info tentang Lingkaran Api Pasifik:

  • kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik.
  • hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api.

click here to read the english version »

Ekonomi Jepun Meleset dan Diskaun Tol 10%

November 19th, 2008

Plaza TolJepun baru-baru ini telah mengumumkan kemelesetan ekonomi telah berlaku di negera mereka buat pertama kali bagi suku ketiga tahun ini sejak 2001. Malah pemerintah negara itu dan para pengamat ekonomi berkata keadaan akan bertambah teruk tidak lama lagi. Jepun merupakan negara yang mempunyai ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

Keadaan dijangkakan bertambah teruk apabila krisis ini bakal menjejaskan eksport Jepun ke luar negara. Ini menyebabkan syarikat-syarikat daripada Toyota Motor Corp sehingga ke Canon Inc untuk mengurangkan ramalan keuntungan mereka dan mengurangkan pelaburan. Akibat daripada berita ini, pasaran saham Asia turut terjejas.

Waah.. nampaknya memang tidak lama lagi negara kita bakal berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi. Mampukah kita menangani krisis ini seperti pada tahun 1997? Sudahkah kita menyediakan ‘payung’ sebelum masalah ini menimpa? VOY sarankan untuk mereka yang suka berbelanja boros tu, cubalah kurangkan perbelanjaan korang. Kalau dulu beli baju sekali 5 pasang. Mungkin sekarang boleh beli 2 pasang je ataupun beli mana yang perlu sahaja. Kalau ada yang boleh pakai lagi, pakai je la. Tak yah nak beli yang baru.

Satu lagi cerita yang menarik perhatian adalah diskaun tol 10% kepada pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 (kereta biasa) yang menggunakan Lebuh Raya PLUS dan ELITE dari 12 tengah malam hingga 7 pagi. Kadar baru ini akan berkuatkuasa mulai Januari tahun depan.

Malah untuk korang yang selalu balik kampung pada waktu malam pada musim perayaan akan mendapat 10% lagi diskaun tambahan. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed, diskaun tambahan 10% akan diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh waktu yang sama.

Ini seolah-olah menggalakkan kita untuk balik kampung pada waktu malam. Jadi untuk korang yang tak biasa bawa kereta long distance pada waktu malam, ini mungkin bukanlah berita baik untuk korang. Yang pasti bawa kereta elok-elok terutama pada waktu malam. Memandu waktu malam memang lagi bahaya berbanding pada waktu siang. Pandu cermat jiwa selamat. Macam iklan lah pulak.

click here to read the english version »

Harga Minyak Mungkin Naik Balik?

November 18th, 2008

Graf MinyakOk awal pagi tadi, harga minyak baru jer diturunkan sebanyak 15sen iaitu daripada RM2.15 kepada RM2.00 seliter. Harga diesel pula diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90. Memang satu berita gembira la kan untuk kita semua. Lagi-lagi mereka yang banyak travel setiap hari. Sedar tak sedar ni dah kali kelima minyak diturunkan selepas harga minyak naik mendadak pada bulan Jun yang lalu.

Walau bagaimanapun, harga barang masih tak turun-turun. Kalo ade yang turun pun sesetengah barang je seperti beras, roti canai, dan teh tarik. Jadi macam mana kita nak menangani masalah ni? Pak Lah mencadangkan agar kita semua memboikot barang-barang yang dijual dengan harga yang mahal. Masalahnya bukan senang. Sebab kebanyakan barang yang mahal ni merupakan barang-barang keperluan harian kita. Nak boikot boleh, takut nanti kita tinggal dalam gua je la.

Seperkara lagi, harga minyak mungkin akan kembali naik kerana baru-baru ini berlaku kes kapal minyak Arab Saudi dirompak oleh lanun-lanun Somalia. Jika kejadian ini terus berlaku, Arab Saudi terpaksa mengambil laluan yang lebih jauh untuk menghantar minyak mereka dan ini bakal mengakibatkan harga minyak di pasaran dunia meningkat. Walaupun tak banyak still akan naik juga. So kita kenalah beware dengan perkara ini sebab sekarang kan harga minyak di Malaysia tidak menentu kerana ia mengikut harga pasaran dunia.

Apa-apa hal pun kita kena bersyukur juga dengan penurunan minyak kali ni. Ye la kalau kerajaan still maintainkan harga minyak kat RM2.70 sampai sekarang, memang merana kita dibuatnya. Sejauh mana kita menghargai usaha kerajaan dalam menurunkan harga minyak? Fikirkan.

click here to read the english version »

Obama Guna Youtube

November 17th, 2008

Youtube ObamaSiapa sangka Youtube yang digunakan untuk menyiarkan video-video peribadi pada satu masa dahulu kini menjadi begitu popular pada masa kini. Malah banyak artis-artis baru yang lahir daripada laman web Youtube ini sendiri seperti Marie Digby. Terbaru, bakal Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama telah mengumumkan yang beliau juga akan menggunakan Youtube untuk merakamkan ucapan mingguan beliau ke seluruh dunia selain daripada radio dan televisyen.

Wow langkah ni memang satu benda yang baru dan bijak sebab mana pernah lagi mana-mana ahli politik yang menyiarkan ucapan mingguan secara rasmi di dalam Youtube. Bersesuaian la dengan teknologi masa kini. VOY tertarik dengan cara ini kerana ia bakal menarik perhatian golongan muda-mudi untuk mengambil tahu tentang perkara terkini.

Tipu la kan kalau mereka yang selalu melayari Internet tidak pernah membuka Youtube walaupun sekali. Paling kurang kita akan buka Youtube ni sehari sekali. Youtube ni memang sudah menjadi trend yang baru pada masa kini dan bakal menjadi salah satu sumber media yang berkuasa seperti radio dan televisyen.

Mungkin ahli-ahli politik kita juga boleh mencuba cara ini. Sedikit sebanyak ia akan mendekatkan diri pemimpin kita dengan masyarakat masa kini. Secara peribadi VOY sendiri mengaku sudah jarang menonton televisyen kerana terlalu sibuk dengan tugas masa kini. Kalau ada kesempatan pun VOY tengok berita jam 8 je.

Fakta menarik tentang Youtube :

  • Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal. (Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim)
  • Pada tahun 2006 sahaja Youtube telah mengumumkan terdapat lebih 100juta video yang dilihat di dalam website ini setiap hari.
  • Kini, Youtube telah berjaya mencecah angka 1 billion video yang dilihat dalam sehari.

click here to read the english version »

Larian anti-ISA

November 16th, 2008

Larian Anti-ISANi bukan larian obor untuk Sukan Olimpik. Tapi ini adalah larian anti-ISA yang dianjurkan oleh DAP bagi menyuarakan kekecewaan rakyat terhadap penggunaan berterusan undang-undang ISA. Larian sejauh 350km ini bermula di kampung baru Pandamaran pada jam 8.15 pagi tadi dan akan berakhir di Kem Tahanan Kemunting.

Menurut Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai, larian tersebut (juga dikenali sebagai ‘Larian Kebebasan’) juga bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya menarik balik perintah pengharaman Hindraf. Ia juga melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan untuk menggesa rakyat Malaysia bersatu untuk ‘bergerak ke hadapan’.

Turut hadir ketika majlis pelepasan tersebut adalah penulis blog Raja Petra Kamaruddin, isteri penasihat undang-undang Hindraf, V Buvaneswary dan ramai lagi. Kebanyakkan yang datang adalah mereka yang telah ditahan atau mempunyai ahli keluarga yang masih ditahan di bawah akta ISA.

click here to read the english version »

Poll
Do you think it is wise for VOY to open a forum for all universities, colleges, youth clubs, schools in Malaysia?
View Results
Archives

Statistics
  • Pages displayed : 68387
  • Unique visitors : 22844
  • Pages displayed in last 24 hours : 292
  • Unique visitors in last 24 hours : 109
Calendar
November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
ShoutBox
Last Message 12 hours, 45 minutes ago
1 guest is online. Google and MSN are crawling the site.
  • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
  • Lån Penge Forbrug : Nice blog design...
  • Lån Penge : Nice design.. I like contrast.. lol..
  • Guest_2429 : :P :P :P
  • slumbeRAJA : hello voy. thanks singgah blog saya. nanti lama² blog nie pun akan cecah ranking 1 juta tu ^^ :D
  • songlap : haaa tak pasal2 kluar topic bruce willis saman Malaysia’s Petra Group and Tunku Imran Tuanku Ja’afar sbb tak dpt bayaran dari project green rubber...
  • pena : memang lawa pun alang haha tahniah2 ada bakat jadi camera man bertauliah
  • alang : haah..akulah cameraman tu..cantik ke pictre ak snap tu??tahnks2..heh e :???:
  • sunkist : hhaha run DAP run.. nice on ultime huhu
  • ultima : Run DAP..Run!!
  • peraduanku : Thanks. I love this place as well. Great article hehehe ayah pin is back? huhuhu
  • SiZuKa : VOY, update link aku jugak! link baru ni.. SiZuKa's Diary «link»
  • dell : best sungguh website peraduanku ni.. lain dari yang lain
  • peraduanku : check out this «link»
  • pena : haha.. no problem. sama2 saling tolong menolong ok?
  • alang : thanks mal for the comment..ala..ak rase bese je blog ak tu..cume,,nampak matured cikit kot..hehe..learn much dari VBOY ko nie gak ar..hehe :D
  • pena : okeh
  • Hedayat : voy, update link baru web aku ye .. «link»
  • guest : ..
  • kristal : selamat ber-lunch kawan2 huhu
  • Guest_3854 : haha memang tak percaya. minyak turun lagi la nampaknya yes!! :mrgreen:
  • zack : haha..kenapa? tek percaya? :lol:
  • Guest_3854 : eh ape ke rabun aku hari ni? haha weng skejap.. $59 tu dah bawah $60 la haha
  • Guest_3854 : macam mana ko cek zack? kat bawah ni tulis crude oil $59.04. Atau aku yang tak reti nak baca? :roll:
  • zack : wow..harge minyak dunia dah bawah $60!
  • touyakaruma : Tiba masanya untuk makan pisang
  • pena : haha.. x tahan baca komen monyet
  • monyet : patutla kaum2 saye semua body langsing.lihat pinggang ku,ramping kan....
  • pena : jom ramai2 cuba diet pisang hehe
  • eragon : ape jadi eh ngan kes pelajar hilang kat australia?
  • admins : thanks,guest..ja ngan la malu2 nak register n comments tuk artikel2 nih..mari meramai2kan majlis.heheh... :D
  • Guest_4394 : eh alamak sory bukan lawak tau tp lawa. hohoh.
  • Guest_4394 : wow! ha tu la design baru, lawak gak. copek eh rayo haji. btw selamat hari raya aildiladha to all muslim and all malaysian.
  • kamil : wow,design baru lagi.rajin,tukar -tukar design.menarik! :D
  • pena : hi Alang
  • kristal : ko salah org kot hahaha
  • tahape : kristal, rasanya aku macam pernah jer kenal ko.
  • asus : design pun jugak.. ikut theme perayaan i like it hehe
  • kristal : aku perasan gaya penulisan dalam VOY dah makin santai. Keep that good work
  • DEBab : tah la lantak la tak tau ape nk ckp dah pasal DEB.
  • pestamudamudi : tade topik pasal DEB ker????????????? ??????
MyBlogLog

Join My Community at MyBloglog! Resources Blogs - Blog Top Sites