Larian anti-ISA
Ni bukan larian obor untuk Sukan Olimpik. Tapi ini adalah larian anti-ISA yang dianjurkan oleh DAP bagi menyuarakan kekecewaan rakyat terhadap penggunaan berterusan undang-undang ISA. Larian sejauh 350km ini bermula di kampung baru Pandamaran pada jam 8.15 pagi tadi dan akan berakhir di Kem Tahanan Kemunting.
Menurut Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai, larian tersebut (juga dikenali sebagai ‘Larian Kebebasan’) juga bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya menarik balik perintah pengharaman Hindraf. Ia juga melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan untuk menggesa rakyat Malaysia bersatu untuk ‘bergerak ke hadapan’.
Turut hadir ketika majlis pelepasan tersebut adalah penulis blog Raja Petra Kamaruddin, isteri penasihat undang-undang Hindraf, V Buvaneswary dan ramai lagi. Kebanyakkan yang datang adalah mereka yang telah ditahan atau mempunyai ahli keluarga yang masih ditahan di bawah akta ISA.
——————————————-
Anti-Isa Run
This is not the Olympic Torch run. But his is the anti-ISA run organized by DAP to voice out the disappointment of the people for the use of the ISA. The 350km run that started in Kampung Baru Pandamaran at 8.25am this morning will end at Kem Tahanan Kemunting.
According to DAP Vice President, Tan Kok Wai, the run (dubbed ‘Freedom Run’) is to intended to push the government to retract the decision to make Hindraf illegal. It also signifies equality, freedom and also to promote Malaysia to unite and ‘move forward’.
Also present at the launching was blogger Raja Petra Kamaruddin, wife of Hindraf law advisor, V Buvaneswary and many more. Many who were present were those previously detained or have family members still being detained under ISA.
Tags: DAP, ISA, Larian Anti-ISA, Larian Kebebasan



November 16th, 2008 at 1:47 am
kalau ISA dah takdak,nak pakai undang2 apa lagi nak tahan org untuk keselamatan negara?nak tunggu siasatan?sempat hancur negara dibuatnya…bayangkan hidraf2 tuh dibiarkan bermaharajalela.
November 16th, 2008 at 1:58 am
aku mmg x setuju ISA diharamkan.. kalo ISA x da… org akan senang2 je mengutuk dan mencacai cela kerajaan.. aku bukan nak backup kerajaan.. sebab kadang2 nak kutuk org pun ade had gak… kalo berlebih-lebih hancur negara kita.. semua investor x nak masuk.. siap ada yang lari ada la
November 16th, 2008 at 8:03 pm
ignoring sebb aper meker2 tuh nak lari. atleast boleh jage kesihatan XD. bdn sehat otak cerdas. baru laa sng nak pk hujah2 utk mintak k’jaan mansuhkan ISA. :))
November 16th, 2008 at 10:16 pm
fuh jauh betul pandangan ko ultima.. aku rasa ketua pembangkang pun tak fikir sampai tahap mcm tu. respek respek