Obama Guna Youtube
Siapa sangka Youtube yang digunakan untuk menyiarkan video-video peribadi pada satu masa dahulu kini menjadi begitu popular pada masa kini. Malah banyak artis-artis baru yang lahir daripada laman web Youtube ini sendiri seperti Marie Digby. Terbaru, bakal Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama telah mengumumkan yang beliau juga akan menggunakan Youtube untuk merakamkan ucapan mingguan beliau ke seluruh dunia selain daripada radio dan televisyen.
Wow langkah ni memang satu benda yang baru dan bijak sebab mana pernah lagi mana-mana ahli politik yang menyiarkan ucapan mingguan secara rasmi di dalam Youtube. Bersesuaian la dengan teknologi masa kini. VOY tertarik dengan cara ini kerana ia bakal menarik perhatian golongan muda-mudi untuk mengambil tahu tentang perkara terkini.
Tipu la kan kalau mereka yang selalu melayari Internet tidak pernah membuka Youtube walaupun sekali. Paling kurang kita akan buka Youtube ni sehari sekali. Youtube ni memang sudah menjadi trend yang baru pada masa kini dan bakal menjadi salah satu sumber media yang berkuasa seperti radio dan televisyen.
Mungkin ahli-ahli politik kita juga boleh mencuba cara ini. Sedikit sebanyak ia akan mendekatkan diri pemimpin kita dengan masyarakat masa kini. Secara peribadi VOY sendiri mengaku sudah jarang menonton televisyen kerana terlalu sibuk dengan tugas masa kini. Kalau ada kesempatan pun VOY tengok berita jam 8 je.
Fakta menarik tentang Youtube :
- Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal. (Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim)
- Pada tahun 2006 sahaja Youtube telah mengumumkan terdapat lebih 100juta video yang dilihat di dalam website ini setiap hari.
- Kini, Youtube telah berjaya mencecah angka 1 billion video yang dilihat dalam sehari.
——————————-
Obama Uses You Tube
Who would’ve thought that You Tube which is used to broadcast personal videos would one day be so popular? There are many new artists who started out in You Tube such as Marie Digby. Recently, the new President of the United States, Barack Obama announced that he will be using You Tube to broadcast his weekly speech to the whole world, other than through the radio and television.
Wow, this really is a new and fantastic idea as no other politician has thought of broadcast their weekly speech officially on You Tube. It’s fitting with today’s technology. VOY is pulled in by this method as it will capture the youth’s attention to find out more about current events.
You’d be lying if you are an avid web surfer but have never visited You Tube. It’s probable that we will visit it at least once a day. It has become a new trend and will likely become a powerful media tool such as the radio and television.
Maybe our own politician can try this method. At least it will expose them to the people of today. Personally, I admit that I rarely watch these days as I’m too busy with daily life. If I have the time, I only tune in to the 8 o’clock news.
Interesting facts about Youtube :
- Founded in Feruary 2005 by 3 PayPal ex-workers. (Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim)
- IN 2006 alone, Youtube announced that they obtain 100 million views per day.
- Currently, the number has rise to 1 billion video views per day.
Tags: barack obama, marie digby, youtube



November 17th, 2008 at 10:11 am
zaman dah berubah.. semua org dah makin maju dan teknologi lagi la.. tak yah nak kata apa2.. kadang-kadang kita pun tak terkejar
November 17th, 2008 at 12:23 pm
ramai orang, lagi2 orang muda, lg banyak guna internet dari bace surat khabar skarang..memang lebih logik utk gunekan media melalui internet untk reach out kepada dioerg..
November 17th, 2008 at 1:27 pm
Obama otak geliga dan bisual. Lepas ini mungkin siti nurhaliza guna medium ini untuk popular di dunia..hahaha
November 17th, 2008 at 1:50 pm
haha betul2.. apa salahnya.. ramai jer artis kita yang dah popular guna myspace ngan youtube.. sebagai contoh ‘Geli Mat’ Popular satu dunia haha.
November 17th, 2008 at 2:36 pm
baguih laa..memang disokong lah…so, semua org dpt kenal dgn obama nih,harap2 die bukanlah berdiri as a president just as a mirror of bush.
November 17th, 2008 at 4:48 pm
ooo. bagus obama. pandai mengeksploit aper yg ader. kementerian M’sia pon sepatutnyer eksploit youtube nih sepenuh2nyer. especially utk sektor pelancongan ke aper ker.
November 17th, 2008 at 11:23 pm
idea yang menarik… dan patut digunakan oleh kerajaan malaysia masa kini
November 19th, 2008 at 12:00 pm
ya rabbi, btol jugek kate si ultima tuh, kadang2 boleh pakai jugak idea die nih (jgn mara haa.. huhu) tp mmg btol ape ultima komen tuh, it looks simple and funny but it is really effective for a certain situation and concept…
November 19th, 2008 at 12:44 pm
kenapa kerajaan kita selalu lambat nak fikirkan idea-idea baru yang bernas seperti ini? Bila ada orang dah cuba baru kita nak cuba. Kita seharusnya bergerak selangkah ke hadapan daripada semua orang. Fikirkan.
November 19th, 2008 at 4:19 pm
alahai bukannye ape, bukan kite tatau sains dan teknology malaysia nih 10 tahun ke belakang dari negara2 lain mcm USA… tapi tu tak bermakna kita tak mampu utk selangkap kehadapan mcm “disini” komen tuh. byk bidang yang negara kita masih lagi “bertaktih”… jadi budak2 remaja belia la kene move forward, cam voy nih huhu…