Harga Minyak Mungkin Naik Balik?
Ok awal pagi tadi, harga minyak baru jer diturunkan sebanyak 15sen iaitu daripada RM2.15 kepada RM2.00 seliter. Harga diesel pula diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90. Memang satu berita gembira la kan untuk kita semua. Lagi-lagi mereka yang banyak travel setiap hari. Sedar tak sedar ni dah kali kelima minyak diturunkan selepas harga minyak naik mendadak pada bulan Jun yang lalu.
Walau bagaimanapun, harga barang masih tak turun-turun. Kalo ade yang turun pun sesetengah barang je seperti beras, roti canai, dan teh tarik. Jadi macam mana kita nak menangani masalah ni? Pak Lah mencadangkan agar kita semua memboikot barang-barang yang dijual dengan harga yang mahal. Masalahnya bukan senang. Sebab kebanyakan barang yang mahal ni merupakan barang-barang keperluan harian kita. Nak boikot boleh, takut nanti kita tinggal dalam gua je la.
Seperkara lagi, harga minyak mungkin akan kembali naik kerana baru-baru ini berlaku kes kapal minyak Arab Saudi dirompak oleh lanun-lanun Somalia. Jika kejadian ini terus berlaku, Arab Saudi terpaksa mengambil laluan yang lebih jauh untuk menghantar minyak mereka dan ini bakal mengakibatkan harga minyak di pasaran dunia meningkat. Walaupun tak banyak still akan naik juga. So kita kenalah beware dengan perkara ini sebab sekarang kan harga minyak di Malaysia tidak menentu kerana ia mengikut harga pasaran dunia.
Apa-apa hal pun kita kena bersyukur juga dengan penurunan minyak kali ni. Ye la kalau kerajaan still maintainkan harga minyak kat RM2.70 sampai sekarang, memang merana kita dibuatnya. Sejauh mana kita menghargai usaha kerajaan dalam menurunkan harga minyak? Fikirkan.
———————————
Oil Prices Might Increase Again?
Ok, so early this morning the price of petrol was reduced by 15 sen, that is from RM2.15 to RM2.00 per liter. The price of diesel was also reduced from RM2.05 to RM1.90. It really is good news for everybody especially those who do a lot of daily travel.
However, the price of goods has yet to come down. Even if some prices have been slashed such as rice, roti canai and teh tarik, it is not enough. So how do we handle this problem? Pak Lah suggested that everybody boycott goods that are overpriced. The problem is it’s not easy as many of the overpriced goods are needed daily. We could boycott them, but then we’d have to live in cages.
Another thing is that the global oil prices might go up as recently there was a case of a Saudi Arabia oil tanker being hijacked by Somali pirates. If incidents such as these keep on occurring, Saudi Arabia would be forced to take a longer route to deliver their oil and this would lead to the global oil prices being increased. Although it’s not much, it’s still an increment. So we must be aware of this as the fuel prices in Malaysia are determined by the global oil prices.
What ever it is, we should be thankful with the current oil price reduction. If the government maintained the price at RM2.70, I’m sure everyone will suffer. How far do we appreciate the government’s efforts to reduce oil prices? Think about it.
Tags: Arab Saudi, fuel, Graf minyak, lanun, minyak naik, minyak turun, oil, pasaran dunia, petrol, pirates, RM2, Saudi Arabia, Somalia



November 19th, 2008 at 10:45 am
aku rase pasal tanker kene hijack tu kite memang tak boleh buat ape pun. cume kite kene amik tahu la..jangan nak main marah2 je..salahkan org sane sini..
sebagai contoh, aku ade dapatt sms dlu..xtau la kalau korang pun ade dapat..konon nyer sms tu tnjuk kiraan harga minyak dunia, pastu covert ke harge Malaysia..dari situ die cube tunjuk konon2 kerajaan tipu kite, patut harge lg murah..tp dalam kiraan tu byk bende die x amik kire macam duty import dgn subsidi 30 sen yg kerajaan still bagi..bende camni kite kne amik tau sebelum nk marah2 tak tentu pasal..
November 19th, 2008 at 12:31 pm
memanglah kene syukur amat2 sbb seblom ni isi minyak rm20 dpt brape jek, skang jumlah minyak rm20 tu bole di bayar dengan rm10 je…pastu kan bak kate selamat jgn nak salahkan, marahkan orang lain tak tentu pasal tuh mmg btol, cube fikir secara logik dari kite salah2kan orang pastu duduk diam aje, mulut je tak reti diam dok ngate sane sini, dari ngate2 pastu tak gerak baik ko diam aje… kalo ngate2 pastu do something yg berpaedah tape la gak… dont simply said and stand still, move your a** and do something beneficial dari dok tuding jari kat orang…
November 19th, 2008 at 12:42 pm
Persoalannya skrg kan kenapa kerajaan terburu-buru naikkan harga minyak kepada RM2.70 seliter masa dulu? Tau tau ke harga barang akan naik sekali. Walaupun harga minyak sudah diturunkan, tapi harga barang tetap kekal juga. Kalau nak turun pun makan masa. Cuba dulu kerajaan kawal harga minyak ni supaya jangan naik dengan mendadak, pasti perkara seperti ni takkan berlaku.
Orang berniaga mana yang mahu menurunkan harga barang dengan cepat setelah menikmati hasil pendapatan yang lumayan? Betul tak? Kalau ada nak turun pun turun seposen jer. Cukup ke? Sedangkan harga minyak turun sampai 70sen dah sekarang ni.
November 19th, 2008 at 4:15 pm
hmm bukannye nak serkap jarang, tp ada btolnye ape “disini” komen tuh, dari jun sampai la nov nih ada la dalam 3-4 bulan, kalo di kira dengan seliter rm2.7 tuh, byk gak kerajaan dah earn, its good for our economy for sure…well dgn penurunan nih pas ni harap2 kerajaan lebih memahami rakyat dan rakyat lebih memahami kerajaan, kene la give and take btol tak? dan hopefully kerajaan kita lebih bersedia dan kukuh utk hadapi krisis2 spt minyak nih and perhaps krisis2 yang lain…
November 19th, 2008 at 11:10 pm
kerajaan naikkan mendadak sebab harga myk dunia pun naik mendadak..kalau difikirkan,mmg harga myk naik…tapi takde pun effect sehinggakan berlaku kemuflisan kan…cuma susah sikit..sekarang ni pun kalau ikutkan boleh turun lagi,tapi better kerajaan kekalkan harga tuh mcm sekarang,then guna duit lebihan subsidi tu untuk cover ekonomi negara.ape gunanya kalau negara kita myk murah berbanding negara lain,tapi ekonomi kita pada tahap negara-negara mundur…masing2 ada peranan masing2 kan..