Gempa Bumi di Malaysia?
Siapa sangka negara kita, Malaysia akan mengalami masalah gempa bumi. Semalam, gempa bumi berukuran 3.3 pada skala Ritcher berlaku di pedalaman Sandakan, Sabah pada pukul 1.53 tengah hari. Walaubagaimanapun, gempa bumi itu tidak akan membawa sebarang ancaman tsunami.
Agak terkejut juga apabila VOY dapat tahu berita ni. Yela Malaysia kan tidak terletak di dalam kawasan lingkaran api pasifik. Namun baru-baru ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof telah mengumumkan bahawa Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Lahad Datu merupakan empat kawasan yang berisiko tinggi di Malaysia untuk mengalami gempa bumi.
“Amaran awal adalah paling penting bagi memastikan penduduk bersedia menyelamatkan diri sekiranya berlaku gempa bumi dan ia dapat diberikan dalam tempoh 15 minit sekiranya berlaku pergerakan bumi,” katanya lagi.
Haa.. jangan sangka kita tinggal di Malaysia boleh terselamat daripada sebarang bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Tengok la sendiri pada 26 Disember 2004, di mana buat pertama kalinya negara kita dilanda tsunami dan telah mengorbankan banyak nyawa. Apabila perkara ini dah terjadi baru lah kita nak bertindak untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Ini bermaksud kita masih belum bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam. Dah terkena baru nak mengelak.

Sedikit info tentang Lingkaran Api Pasifik:
- kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik.
- hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api.
——————————–
Earthquakes in Malaysia?
Who would’ve thought that our country, Malaysia would have to endure earthquakes? Yesterday, an earthquake measuring 3.3 on the Richter scale occurred in the rural areas of Sandakan, Sabah at 1.53pm. However, it did not cause a tsunami.
It’s quite shocking when I heard the news since Malaysia is to not be in the Pacific Ring of Fire. However, the Science, Technology and Innovation Minister, Fadilah Yusof recently announced that Kota Kinabalu, Tawau, Kudat and Lahad Datu are four of the high risk area in Malaysia.
“Early warnings are very important to ensure that residents will prepares to save themselves if an earthquake occurs and it will be given in a matter of 15 minutes should a shift of the earth occur,” he adds.
So don’t think that we are safe from natural disasters such as tsunamis and earthquakes just because we live in Malaysia. Just look at what happened in26 December 2004 where for the first time ever, the country was hit by a tsunami which too many lives. Only once things like this occurs do we take action to prevent from it happening again. This means we still not ready to face the possibility of natural disasters.

Some info in the Pacific Ring of Fire:
- The area circles the Pacific Ocean, where the tectonic plates are broken and grinds against one another.
- Almost 90% of earthquakes and 81% of biggest earthquakes occurred in the Ring of Fire
Tags: gempa bumi, lingkaran api pasifik, Malaysia, sabah, Tsunami



November 20th, 2008 at 3:13 pm
ade satu malam tu aku tgh tidur nenyak.. tetibe katil aku begegar kuat.. aku terkejut la.. ingatkan gempa bumi.. rupe-rupenyer adik aku kat katil tingkat atas mengigau menendang2 katil.. cis
November 20th, 2008 at 4:37 pm
bole ko pulak buat lawak tokusen isk-isk
November 20th, 2008 at 5:02 pm
uihh…m’sia dah dalam lingkaran ke?kalau dulu masa belajar kat sekolah,area sabah sarawak je sipi2.kat semenanjung nih takkan berlaku..terfikir pulak,dapat ke menara Kl n menara petronas kita bertahan kalau berlaku gegaran kat m’sia nih?tambahan pulak dgn jalanraya2 kat m’sia,gegaran lori pun sampai retak teruk,belum gegaran gempa bumi.
November 20th, 2008 at 6:08 pm
erk…risau aku jadinye. ha tu la skola dulu blaja malaysia tak termasok dalam lingkarang tuh. tapi logik je kalo skang da masok sbb dunia ni kan berubah2 fizikalnya dari masa ke masa…tp harap2 je la jgn jadi ape2, mari berdoa kan Allah supaya malaysia terselamat dari segala malapetaka…amin…
November 20th, 2008 at 9:05 pm
haa tu la.. ini bermaksud jangan terlalu yakin yang kita akan selamat.. kalau Tuhan nak tarik nikmat. sekejap je semuanya hilang
November 20th, 2008 at 10:12 pm
mmg btol bangat la tu eragon… anytime tuhan bole tarik nikmat yang kite pinjam semate2 nih…renung2kan selamat beramalll…
November 23rd, 2008 at 10:48 am
aku rase maybe dah smpi mase gov. mula kaji tuk include plan tuk menggalakkan banggnan tinggi2 ade system tuk tahan gempa bumi,cm kt jepun tuh…