Archive for the ‘Current Issues’ Category
Jom Sertai Kempen Sejuta Tandatangan
Bermula pada 27 Disember yang lalu, rakyat Palestin berada di dalam ketakutan apabila tentera Israel mula melancarkan serangan ke atas wilayah tersebut. Malah serangan ke atas Palestin itu masih dilancarkan sehingga kini.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Setiakawan Dan Persahabatan Malaysia-Palestin (PSPMP) akan menjayakan satu Kempen Sejuta Tandatangan untuk mengutuk keganasan dan kezaliman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.
Pihak PSPMP sehingga kini masih memerlukan sukarelawan untuk menggerakkan kempen tersebut.
“Orang ramai yang berniat menawarkan diri sebagai sukarelawan kempen ini boleh menghubungi Koordinator Kempen melalui nombor 018-3988553 atau e-mel mypalestine@gmail.com,” kata timbalan pengerusinya, Syed Hassan Shahab.
Tandatangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk keganasan dan Kezaliman Israel ke atas rakyat bumi Palestin.
“Ia juga bertujuan mendesak kerajaan Amerika menggunakan kuasanya untuk menghentikan keganasan rejim Israel itu,” katanya lagi.
Serangan ke atas Palestin kali boleh dikatakan amat kejam kerana ada pihak yang mendakwa rejim Israel telah menggunakan senjata bahan kimia semasa serangan dilakukan. Israel didakwa menggunakan bahan kimia penuh kontroversi fosforus putih dalam bedilan bom ke atas sasaran di tengah Gaza. Sesiapa yang diselubungi asap tebal fosforus ini akan menyebabkan kulitnya terbakar. Ish kejam giler.
Jadi VOY nak menggalakkan korang yang prihatin untuk menyertai Kempen Sejuta Tandatangan ini. Mungkin inilah caranya untuk kita menunjukkan rasa benci kita terhadap keganasan di Palestin. Kalau nak pergi berjuang di sana memang susah la kan? Adalah lebih baik kita menyertai kempen ini daripada tidak berbuat apa-apa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PSPMP melalui email : sahabatpalestine@gmail.com
Video Lucah Budak Sekolah Berleluasa
Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni. Tak cukup dengan kes video ‘Pramuraga Terlampau’. Kini, muncul satu lagi video klip lucah yang tersebar di Internet berjudul ‘Budak Sekolah Terlampau”. Wah wah baru umur setahun jagung pun dah tergamak melakukan perkara macam ni. Yer la diorang ni tak malu ke video ni disebarkan di dalam Internet? Macam mana diorang nak berhadapan dengan masyarakat? Seolah-olah macam diorang ni bangga lak buat benda ni.
Kemudahan laman-laman web yang menyediakan teknologi memindah dan memuat turun klip video seperti Youtube dan Metacafe telah disalah guna. Bukan video ‘Pelajar Sekolah Terlampau’ jer yang boleh dijumpai di Internet ni. Banyak lagi video seperti ‘Skodeng Dalam Tanda Sekolah’, ‘Uniform’, ‘Budak Sekolah Tak Nak’ dan ‘Awek Sek Men Ganas’. Yang menyedihkan adalah kebanyakkan video ni menampilkan aksi pelajar-pelajar yang berpakaian seragam sekolah. Tak cukup ke pendidikan seks di sekolah sekarang ni?
Kalau korang baca tajuk-tajuk video klip ni pun korang akan jijik. Malah siap ada video klip yang dikategorikan sebagai ekstream. Ia memaparkan aksi sekumpulan lima pelajar lelaki yang berpakaian seragam sekolah melakukan seks beramai-ramai dengan seorang remaja perempuan.
Semua ni pastinya berpunca daripada video-video lucah yang boleh didapati dengan mudah di Internet. Sekarang ni dah tak main dah vcd atau dvd lucah. Semuanya online jer. DIorang ni semua sudah terlalu terdedah dengan video-video lucah sehingga menimbulkan perasaan ingin mencuba. Tak cukup dengan mencuba, mereka mula mencabar diri mereka dengan merakamkan aksi mereka sendiri di ranjang.
Jadi bagaimana kita nak mengatasi masalah ni? Kalau cikgu nak dipersalahkan pun tak boleh. Semuanya di luar pengawasan cikgu. Kalau cikgu merotan atau menghukum pelajar, masyarakat akan kata cikgu tu kejam dan tak berperikemanusian. Tapi bila dah jadi macam ni, semuanya tuding balik ke cikgu. Kesian para guru. Nak mendidik anak murid pun tak senang. Inilah ancaman di zaman moden.
Naik Bas Pun Pakai Tali Pinggang Keledar
Amacam sambutan tahun baru korang tahun ni? Mesti dah puas tengok bunga api masa tanggal 1 Januari 2009 hari tu kan? Seronok-seronok pun kita kena beringat juga sebab sekarang ni semua dah wajib pakai tali pinggang keledar di bahagian depan mahupun belakang. Tengok jer la berapa ramai dah kena saman dengan pihak polis atas kesalahan tak pakai tali pinggang keledar belakang. RM300 tu.. banyak tu.
Saman akan dikeluarkan terus ke atas penumpang yang berusia 17 tahun ke atas, manakala untuk mereka yang berusia di bawah 17 tahun, saman akan dikenakan ke atas pemandu. Kalau ada tiga anak kat belakang yang degil tak pakai tali pinggang, kena la bayar RM900. Fuh.
Ni ada satu lagi berita yang boleh dikatakan agak mengejutkan juga la. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), akan menjalankan fasa kedua iaitu menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar ke atas semua penumpang kenderaan awam dan ini termasuklah bas ekspres dan teksi.
Wow.. tak tersangka pula naik bas pun kena pakai tali pinggang keledar. Terasa agak pelik juga la. Semuanya semata-mata demi keselamatan. Jadi apa pendapat korang? Nak ke korang pakai tali pinggang keledar dalam bas?
Pulau Pinang Negeri Pertama Bebas Asap Rokok

Baru-baru ini, Clearinghouse for Tobacco Control (C-Tob), di Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), bakal menjalankan satu projek perintis bagi memantau kualiti udara di kawasan tumpuan orang awam di sekitar Pulau Pinang.
Cadangan ini selaras dengan cadangan C-Tob untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bebas dari asap rokok memandangkan Georgetown telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan (UNESCO).
Prof. Rahmat Awang, Ketua C-Tob berkata cadangan berhubung perkara itu telah pun dikemukan kepada kerajaan negeri pada Oktober 2008 yang lepas, dan C-Tob masih menunggu jawapannya sehingga kini.
Bayangkan jika cadangan ini diluluskan, Pulau Pinang bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada asap rokok. Malah C-Tob juga akan memastikan tiada bilik yang dikhaskan untuk merokok dan kawasan yang dibenarkan bagi perokok kerana ia akan mencemarkan udara di sekeliling juga. Wow maksudnya rokok pun tidak akan dijual di Pulau Pinang lepas ni.
VOY berpendapat idea ni memang menarik sebab ia boleh memaksa perokok untuk berhenti merokok secara serta merta. Malah ia akan menarik para pelancong untuk datang ke Pulau Pinang untuk menikmati udara yang bebas daripada asap rokok. Sedikit sebanyak ia akan menaikkan industry pelancongan di negeri tersebut.
Siapa tahu suatu hari nanti negara kita akan menjadi negara yang pertama bebas daripada asap rokok di dunia ini. Perkara ini memang tidak mustahil jika semua pihak bekerjasama. Tak per. Kita lihat dulu apa hasilnya di Pulau Pinang. Jika berjaya, baru kita buat di negeri-negeri yang lain pula.
Selamat Tahun Baru
Happy New Year kepada semua pengunjung blog VOY. Sedar tak sedar kita kini dah mula melangkah masuk ke tahun 2009. Ish sekejap nyer masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, tahun 2008 sudah pun meninggalkan kita semua.
Jadi apa azam tahun baru kali ni? Azam nak dapat kereta baru? Azam nak dapat rumah besar? Atau azam nak kahwin tahun ni? Huhuhu… Apa-apa pun azam korang pastikan korang laksanakan azam korang tu… Kalau tak, tak berguna la korang berazam besar-besar.
Cuba ingat azam korang pada awal 2008. Dah terlaksana ke belum? Biasalah kehidupan kalau ada azam yang tak tercapai. Tak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan betul tak? Yang pasti berusaha tetap berusaha.
Selamat Tahun Baru 2009!!
Bumbung Bangunan Bocor Lagi
Masih ingat tak kes bangunan kerajaan di Putrajaya yang bocor? Ala yang sampai banjir dalam bangunan tu. Semalam, kejadian yang sama berulang kembali. Kali ini, hampir seluruh tempat letak kereta di aras B1 dan B2 bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Presint 3, Putrajaya dinaiki air sehingga ke paras buku lali dipercayai akibat bumbung bocor.
Ini merupakan kali pertama bangunan berkenaan mengalami masalah kebocoran sejak ia digunakan lima tahun yang lalu. Air mula bertakung di aras B1 sebelum ia menitis ke aras B2, lalu mengakibatkan air bertakung di kedua-dua kawasan tempat meletak kereta di kawasan Podium A.
Masalah kebocoran bumbung bangunan di Putrajaya ni memang sering kali kita dengar. Sebagai contoh, 11 Disember yang lalu, sebahagian besar Auditiorium Cempaka Sari, Kompleks PPj dinaikki air akibat bumbung bocor. Apa yang memalukan adalah kejadian tersebut berlaku ketika forum Ketidaktentuan Kewangan Global dan Masa Depan Malaysia, yang dihadiri oleh 600 tetamu termasuk Raja Muda Perak, dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.
Apakah faktor utama perkara sebegini terjadi? Adakah kontraktor-kontraktor yang membina bangunan-bangunan membuat kerja secara sambil lewa sehingga mengakibatkan kejadian bumbung bocor berlaku? Mungkinkah kerana semua pihak nak kejar dateline pembangunan di Putrajaya dengan cepat sehingga mereka membuat kerja secara sambal lewa dan ala kadar sahaja? Mungkikah juga bahan-bahan binaan yang digunakan tidak berkualiti?
Ada juga yang kasi pendapat bahawa bangunan-bangunan di Putrajaya kurang diberi perhatian dari aspek penyelenggaraan. Bak kata orang, nak buat memang senang tetapi nak menjaganya supaya kekal amat memerlukan komitmen yang tinggi.
Nasib baik tidak ada lagi kes pasal bumbung bangunan yang roboh sehingga membahayakan nyawa orang di dalam bangunan. Harap-harap janganlah sampai kes seperti ini berlaku, baru kita nak membuat semakan semula ke atas struktur bangunan-bangunan di Putrajaya. Nasi dah jadi bubur, dah terlambat masa tu.
Blog Hina Nabi Satu Konspirasi?
Pada 26 Disember yang lalu, kita digemparkan dengan berita tentang penemuan sebuah blog yang dikatakan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Cerita tentang kes blog yang menghina Nabi ini memang mendapat liputan meluas dari pihak media sejak ia disiarkan di Buletin Utama, TV3.
Banyak reaksi yang diterima dari semua pihak. Ada yang berpendapat individu yang bertanggungjawab menulis blog ini wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia jelas berniat untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Malah Mufti Perak beranggapan tindakan itu adalah satu perbuatan yang biadap dan kurang ajar.
Mengikut siasatan awal, blog berkenaan disyaki kepunyaan seorang wanita Islam bernama Adibah Ahmad, 27 tahun.
Namun, Adibah telah menyangkal segala tuduhan ke atas dirinya kerana dia mengesyaki bahawa ada pihak yang cuba mempergunakan namanya untuk tujuan tersebut. Dia juga mengaku bahawa tidak tahu menahu tentang kewujudan blog tersebut.
Menurut Adibah, dia tidak tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan dengan tegas menyatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang tergamak melakukan perkara yang sebegini hina.

Malah profil Friendster Adibah juga dikatakan telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam satu siasatan yang telah dibuat oleh malayDILEMMA.com, didapati Adibah telah diganggu melalui penggunaan identiti diri di Friendster bermula sejak Oktober 2008. Pihak malayDILEMMA juga berpendapat bahawa orang yang melakukan perkara ini adalah orang yang sama, kerana ayat-ayat yang digunakan di dalam profil tersebut tidak banyak bezanya daripada blog yang menghina Nabi tersebut.
Seperkara lagi, ada seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kes ini. Azahar Mohd, yang dipercayai Pengurus Cawangan tempat Adibah bekerja juga dikatakan sebagai seorang lagi mangsa. Profil Azahar telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melancarkan konspirasi ini.

Melalui profil Azahar, ia menunjukkan betapa bencinya perasaan dia terhadap kaum Cina melalui kata-kata yang kesat dan ayat-ayat yang berbaur perkauman. Namun jika teliti balik profil ini, profil ini baru dibuat pada November 2008. Bertambah menarik apabila nama Adibah juga dikaitkan secara langsung di dalam profil Azahar ini.

Jika kita selidik betul-betul, memang nampak macam ada satu konspirasi yang berlaku di sini. Seolah-olah ada pihak yang cuba mengapi-apikan hubungan antara kaum di negara kita. Memang sungguh moden cara ni. Maklumlah sekarang zaman dah canggih. Dulu orang gunakan kertas dan mulut untuk menyebarkan fitnah. Kini, semuanya melalui Internet dan komputer. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga berpendapat perkara ini sukar dikawal.


