Archive for the ‘Social’ Category
Video Lucah Budak Sekolah Berleluasa
Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni. Tak cukup dengan kes video ‘Pramuraga Terlampau’. Kini, muncul satu lagi video klip lucah yang tersebar di Internet berjudul ‘Budak Sekolah Terlampau”. Wah wah baru umur setahun jagung pun dah tergamak melakukan perkara macam ni. Yer la diorang ni tak malu ke video ni disebarkan di dalam Internet? Macam mana diorang nak berhadapan dengan masyarakat? Seolah-olah macam diorang ni bangga lak buat benda ni.
Kemudahan laman-laman web yang menyediakan teknologi memindah dan memuat turun klip video seperti Youtube dan Metacafe telah disalah guna. Bukan video ‘Pelajar Sekolah Terlampau’ jer yang boleh dijumpai di Internet ni. Banyak lagi video seperti ‘Skodeng Dalam Tanda Sekolah’, ‘Uniform’, ‘Budak Sekolah Tak Nak’ dan ‘Awek Sek Men Ganas’. Yang menyedihkan adalah kebanyakkan video ni menampilkan aksi pelajar-pelajar yang berpakaian seragam sekolah. Tak cukup ke pendidikan seks di sekolah sekarang ni?
Kalau korang baca tajuk-tajuk video klip ni pun korang akan jijik. Malah siap ada video klip yang dikategorikan sebagai ekstream. Ia memaparkan aksi sekumpulan lima pelajar lelaki yang berpakaian seragam sekolah melakukan seks beramai-ramai dengan seorang remaja perempuan.
Semua ni pastinya berpunca daripada video-video lucah yang boleh didapati dengan mudah di Internet. Sekarang ni dah tak main dah vcd atau dvd lucah. Semuanya online jer. DIorang ni semua sudah terlalu terdedah dengan video-video lucah sehingga menimbulkan perasaan ingin mencuba. Tak cukup dengan mencuba, mereka mula mencabar diri mereka dengan merakamkan aksi mereka sendiri di ranjang.
Jadi bagaimana kita nak mengatasi masalah ni? Kalau cikgu nak dipersalahkan pun tak boleh. Semuanya di luar pengawasan cikgu. Kalau cikgu merotan atau menghukum pelajar, masyarakat akan kata cikgu tu kejam dan tak berperikemanusian. Tapi bila dah jadi macam ni, semuanya tuding balik ke cikgu. Kesian para guru. Nak mendidik anak murid pun tak senang. Inilah ancaman di zaman moden.
Selamat Tahun Baru
Happy New Year kepada semua pengunjung blog VOY. Sedar tak sedar kita kini dah mula melangkah masuk ke tahun 2009. Ish sekejap nyer masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, tahun 2008 sudah pun meninggalkan kita semua.
Jadi apa azam tahun baru kali ni? Azam nak dapat kereta baru? Azam nak dapat rumah besar? Atau azam nak kahwin tahun ni? Huhuhu… Apa-apa pun azam korang pastikan korang laksanakan azam korang tu… Kalau tak, tak berguna la korang berazam besar-besar.
Cuba ingat azam korang pada awal 2008. Dah terlaksana ke belum? Biasalah kehidupan kalau ada azam yang tak tercapai. Tak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan betul tak? Yang pasti berusaha tetap berusaha.
Selamat Tahun Baru 2009!!
Blog Hina Nabi Satu Konspirasi?
Pada 26 Disember yang lalu, kita digemparkan dengan berita tentang penemuan sebuah blog yang dikatakan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Cerita tentang kes blog yang menghina Nabi ini memang mendapat liputan meluas dari pihak media sejak ia disiarkan di Buletin Utama, TV3.
Banyak reaksi yang diterima dari semua pihak. Ada yang berpendapat individu yang bertanggungjawab menulis blog ini wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia jelas berniat untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Malah Mufti Perak beranggapan tindakan itu adalah satu perbuatan yang biadap dan kurang ajar.
Mengikut siasatan awal, blog berkenaan disyaki kepunyaan seorang wanita Islam bernama Adibah Ahmad, 27 tahun.
Namun, Adibah telah menyangkal segala tuduhan ke atas dirinya kerana dia mengesyaki bahawa ada pihak yang cuba mempergunakan namanya untuk tujuan tersebut. Dia juga mengaku bahawa tidak tahu menahu tentang kewujudan blog tersebut.
Menurut Adibah, dia tidak tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan dengan tegas menyatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang tergamak melakukan perkara yang sebegini hina.

Malah profil Friendster Adibah juga dikatakan telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam satu siasatan yang telah dibuat oleh malayDILEMMA.com, didapati Adibah telah diganggu melalui penggunaan identiti diri di Friendster bermula sejak Oktober 2008. Pihak malayDILEMMA juga berpendapat bahawa orang yang melakukan perkara ini adalah orang yang sama, kerana ayat-ayat yang digunakan di dalam profil tersebut tidak banyak bezanya daripada blog yang menghina Nabi tersebut.
Seperkara lagi, ada seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kes ini. Azahar Mohd, yang dipercayai Pengurus Cawangan tempat Adibah bekerja juga dikatakan sebagai seorang lagi mangsa. Profil Azahar telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melancarkan konspirasi ini.

Melalui profil Azahar, ia menunjukkan betapa bencinya perasaan dia terhadap kaum Cina melalui kata-kata yang kesat dan ayat-ayat yang berbaur perkauman. Namun jika teliti balik profil ini, profil ini baru dibuat pada November 2008. Bertambah menarik apabila nama Adibah juga dikaitkan secara langsung di dalam profil Azahar ini.

Jika kita selidik betul-betul, memang nampak macam ada satu konspirasi yang berlaku di sini. Seolah-olah ada pihak yang cuba mengapi-apikan hubungan antara kaum di negara kita. Memang sungguh moden cara ni. Maklumlah sekarang zaman dah canggih. Dulu orang gunakan kertas dan mulut untuk menyebarkan fitnah. Kini, semuanya melalui Internet dan komputer. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga berpendapat perkara ini sukar dikawal.
Wajarkah Hukum Hudud Dilaksanakan?
Selamat menyambut Awal Muharam kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan cuba memperbaiki kesilapan yang lalu dan berazam untuk meningkatkan produktiviti.
Cerita pasal hukum hudud memang sudah cukup sinonim dengan PAS. Maklumlah perjuangan utama PAS adalah cuba untuk membangunkan sebuah negara yang berteraskan agama Islam. Tujuan utama VOY menulis tentang perkara ini adalah untuk melihat pendapat korang sama ada wajarkah hukum hudud ini dilaksanakan di Malaysia? Jadi kita kena cuba berfikiran terbuka dalam memikirkan pasal isu ini.
Hukum hudud adalah salah satu dari cabang undang-undang jenayah Islam. Antara kesalahan yang digolongkan dalam kesalahan hudud adalah :
- Melakukan zina (dihukum dengan sebat 100 kali bagi pesalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin)
- Menuduh orang lain berzina tanpa bukti (dihukum dengan 80 kali sebat)
- Minum arak (dihukum 40 kali sebat)
- Mencuri (dihukum dengan memotong tangan)
- Merompak (dihukum mengikut kadar keseriusan perbuatan itu)
Perlu diingatkan bahawa hukum hudud ini hanya untuk orang Islam. Sama seperti yang diterangkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, “PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.”
Namun, perlaksanaan hukum hudud ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak termasuk parti DAP. Mereka berpendapat hukum ini seumpama amat zalim dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Memang sebenarnya memang susah untuk melaksanakan hukum ini terutamanya di dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Oleh itu, pihak PAS berpendapat mereka sedia menunggu hingga semua pihak bersedia untuk menerima hukum hudud walaupun terpaksa mengambil masa 30 tahun lagi.
“Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang ini, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan,” kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jadi VOY nak tanya pendapat korang semua, adakah korang semua dah bersedia untuk menerima hukum hudud ini dijalankan di negara kita atau masanya masih belum sesuai lagi? Apa yang pasti, orang yang buat salah adalah golongan pertama yang akan menentang perlaksanaan hukum ini.
Tabung Bantuan Bencana Alam Bukit Antarabangsa Kurang Sambutan
Masih ingat lagi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa pada 6 Disember yang lalu? Maklumat terkini menyatakan bahawa seramai 5 orang telah terkorban, dan 14 lagi cedera apabila 14 buah bangle ranap ditimbus runtuhan tanah.
Ekoran daripada kejadian itu, Tabung Bantuan Bencana Alam Bukit Antarabangsa telah pun ditubuhkan bagi mengumpul sumbangan agar dapat membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Namun, sehingga hari ini hanya RM160,000 sahaja yang mampu dikumpulkan walaupun promosi secara besar-besaran telah pun diadakan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ramai yang berpendapat bahawa mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh ini kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang kaya dan berada. Tanggapan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan kadar kutipan sumbangan tabung itu agak rendah.
Sehubungan dengan itu, Sekretariat Tabung Bantuan Bencana Alam Bukti Antarabangsa telah merayu kepada masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap status ekonomi mangsa yang terlibat.
Pengerusinya, Datuk Ismail Kijo, berkata, “Mungkin orang ramai tidak tahu, ada antara mangsa yang tidak mampu membeli susu anak dan lampin pakai buang ekoran kejadian itu. Disebabkan tinggal di Bukit Antarabangsa mereka dianggap orang kaya sedangkan masyarakat tidak tahu kadar sewa apartmen di sana murah, ada yang sekitar RM500 sahaja”.
Memang kawasan Bukit Antarabangsa memang terkenal sebagai kawasan perumahan orang-orang kaya. Walaubagaimanapun, tidak semua mangsa yang tergolong dalam golongan itu. Jadi VOY nak ajak korang semua menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh ini.
Pihak sekretariat juga perlu bijak menguruskan wang sumbangan yang diterima suapaya hanya pihak yang memerlukan sahaja yang akan menerima duit sumbangan tersebut. Janganlah pulak mereka yang memang sudah kaya diberi sumbangan tersebut. Tak layak pun. Mungkin piahk secretariat boleh membahagikan golongan mangsa mengikut pendapatan keluarga tersebut dalam sebulan.
Merry Christmas
Selamat Hari Natal atau dalam bahasa orang putih, Merry Christmas kepada semua pembaca yang beragama Kristian dan yang menyambut perayaan ini. Walaupun kat negara kita ni tak ada musim salji, tapi kemeriahan Hari Christmas ni tetap dirasai oleh semua. Kalau nak main salji pergi je kat Mines Wonderland atau Genting… Siapa kata kat Malaysia tak ada salji? Betul tak? Anything is possible.
Perayaan Christmas ni cukup sinonim dengan Santa Clause yang dikatakan akan datang ke rumah pada malam Christmas untuk memberikan hadiah kepada kanak-kanak. Jadi memang tak hairanlah kalau Hari Christmas ni kita akan mendapat pelbagai hadiah.
Apa-apa hal pun selamat bercuti kepada semua hehe.
Bayi Dinodai
Naik geram pula apabila VOY baca artikel daripada Harian Metro hari ini. Mana tidaknya, dua beranak, termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan pihak polis atas tuduhan menodai seorang bayi perempuan yang baru berusia 20 bulan. Biar benar? Bayi tu baru jer berusia tak sampai 2 tahun dah diperlakukan sebegitu. Ni nafsu ape ni? Haiwan pun tak bernafsu macam tu.
Kejadian berlaku kat Butterworth apabila ibu bayi berkenaan menyedari anaknya menangis begitu lama pada malam Jumaat yang lalu. Bayinya menangis dengan kuat pada malam itu dan membuatkan dirinya resah.
Wanita tersebut cuba memeriksa bayinya untuk mencari punca bayinya menangis. Alangkah terkejutnya ibu bayi berkenaan apabila mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya itu. Dia kemudian terus membawa bayinya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan doctor telah mengesahkan bahawa terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun keadaan bayi tersebut dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ.
Ibu bayi tersebut telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh sejak 14 November yang lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama. Namun, lain pula jadinya.
“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.
Manusia jenis apa ni? Ini boleh dikatakan lebih hina daripada binatang. Macam mana diorang ni boleh bernafsu ke atas seorang bayi perempuan yang tidak bersalah. Bayangkan bagaimana anak perempuan tersebut akan meneruskan kehidupan selepas mengetahui dirinya pernah dinodai semasa bayi lagi.
Memang sejak akhir-akhir ni banyak kes rogol yang melibatkan kanak-kanak. Apakah punca utama perkara ini berlaku? Adakah kerana tidak cukup perempuan dewasa di negara kita ini? Ataupun lelaki-lelaki seperti ini semuanya penakut dan hanya pandai mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak berdaya? Baik tak payah jadi lelaki la. Memalukan kaum lelaki je.
Korang rasa apakah hukuman yang paling sesuai dikenakan ke atas mereka yang merogol kanak-kanak?


