Archive for the ‘Sports’ Category
Badminton : Sambar 3 Emas
Yeah.. Tahniah tahniah khas buat skuad badminton negara kerana berjaya menyapu tiga kejuaraan di Kejohanan Badminton Siri Super Masters Final di Stadium Tertutup Likas, Kota Kinabalu. Semalam, kita telah berjaya memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki, beregu wanita dan lelaki.
Kemenangan bermula dengan aksi cemerlang jaguh kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei menewaskan jaguh Eropah, Peter Gade dari Denmark dengan 21-7, 21-16. Ini merupakan kali pertama Chong Wei mendapat gelaran juara sejak bergelar pemain nombor satu dunia.
Kemudian, kita mendapat satu lagi berita gembira apabila pasangan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong berjaya menundukkan beregu nombor dua dunia dari Korea Selatan, Jung Jae Sung dan Lee Yong Dae dengan kemenangan 21-14, 21-18.
Setelah itu, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui, pemain beregu perempuan negara, berjaya membuat kejutan dengan menewaskan lawan dari Indonesia, Vita Marissa dan Liliyana Natsir 21-15, 22-20. Memang agak mengejutkan kerana skuad Malaysia jarang memenangi apa-apa kejuaraan bagi kategori perempuan. Ini umpama satu sinar yang baru.
Jadi apakah faktor yang membuatkan kita berjaya merangkul sekaligus tiga kejuaraan di Badminton Siri Super Masters ini? Faktor utamanya mungkin kerana perlawanan itu diadakan di Malaysia dan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para pemain kita untuk memburu kejuaraan. Ye la kalau semua orang bersorak untuk kita, hati mana yang tidak membuak-buak untuk menang. Betul tak?
Ada juga yang berpendapat kemenangan negara kali ini berpunca daripada penarikan diri di saat-saat akhir jaguh-jaguh badminton dari China seperti Lin Dan.
Chong Wei sudah semestinya dapat menarik nafas lega selepas memenangi kejuaraan kali ini kerana beliau sering ditembak dengan pelbagai persoalaan kerana gagal merangkul apa-apa kemenangan setelah bergelar pemain nombor satu dunia.
Chong Wei membawa pulang RM138,900 selaku juara perseorangan manakala juara beregu lelaki dan wanita masing-masing meraih hadiah RM152,404.
Programme by Ministry of Youth and Sports
Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob announced that The Youth and Sports Ministry will be introducing a crime-free generation programme all over the country starting in the middle of next year. The aim is guide youngsters away from criminal activities and the activities will be held with cooperation from the police, National Anti-Drug Agency and other relevant government departments and agencies.
“We will organise programmes like community soccer leagues. And, rather than organising one-day based activities, we will organise month-long programmes to occupy them for a longer period,” Ismail said after launching the Rakan Muda Wawasan Desa programme at SRJK (T) Ladang Tong Wah here yesterday.
“Currently the ministry is implementing the Rakan Muda programmes in estates, new villages and other land schemes to ensure youngsters living in the rural areas are not neglected.”
The Rakan Muda Wawasan Desa programme, launched yesterday, is the first in the country to involve estates. Ladang Tong Wah is among 10 estates nationwide to have such programmes. Rakan Muda Clubs for students aged 13 and above would also be set up in schools.
Among other things, Ismail also announced that the Indian martial art of silambam would be included as a competitive sport in the next Malaysian Games (Sukma) in Malacca in 2010.
Links:
Rakan Muda Website (www.2-u.com.my)
PS: I really support the idea as youth these days are getting involved in a lot of criminal activities. On the other hand, the ones that are good and sensible tend to stay at home and spend long hours playing video games which is also unhealthy. They should get out and enjoy more sports and physical activities.
(Source: New Straits Times)
Dugaan Pengayuh JERIT
Pada 30 November 2008 yang lalu, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah melancarkan kempen Rakyat Pengayuh Perubahan. Mereka berbasikal ke suluruh negara melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang banyak memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.
Kempen berbasikal ini dijangka berakhir di Parlimen pada pagi 21 Disember ini dengan acara menyerahkan memorandum kepada kerajaan. Antara tuntutan kumpulan ini adalah perumahan yang lebih selesa untuk rakyat, mengawal harga barangan, penggubalan akta gaji minimum RM1500 dan menghentikan penswastaan air, hospital dan pendidikan. Mereka juga membangkang penggunaan akta ISA ke atas rakyat yang dianggap zalim.
Memang menarik idea JERIT untuk melakukan aktiviti berbasikal ini. Bukan sahaja boleh memberi kesedaran malah ia elok untuk kesihatan. Namun, kumpulan berbasikal ini telah diduga dengan pelbagai rintangan.
Pada 7 Disember, lapan basikal rosak akibat dibakar oleh pihak tertentu. Kejadian berlaku di Penanti, Pulau Pinang sewaktu para peserta sedang berehat selepas penat mengayuh sejauh 100km dari Kedah ke Pulau Pinang. Ish siapa la dengki ni. Kalau tak puas hati pun jumpa depan-depan la. Betul tak?
Semalam pula, sepuluh ahli peserta kempen ini telah ditahan polis. Pihak polis berkata penangkapan itu dibuat ekoran kumpulan itu enggan bekerjasama dengan polis yang hendak melakukan pemeriksaan dalam satu sekatan jalan raya.
“Polis terpaksa menahan rombongan itu berikutan mereka enggan bekerjasama dengan polis termasuk mengunci pintu bas dan tidak membenarkan polis memeriksa kad pengenalan masing-masing”.
VOY bukan nak memihak kepada siapa-siapa kat sini sebab VOY bukannya ada kat situ semasa kejadian berlaku. Maklumlah bila cerita kita dengar daripada orang lain, ceritanya akan jadi berlainan. Satu pihak akan kata dia yang betul manakala satu pihak lagi akan kata pihak yang lain yang salah. Semua menuding jari. Jadi apa pendapat korang? Peserta kempan Rakyat Pengayuh Perubahan ini teraniaya atau diorang ni sendiri yang bersalah?
Larian anti-ISA
Ni bukan larian obor untuk Sukan Olimpik. Tapi ini adalah larian anti-ISA yang dianjurkan oleh DAP bagi menyuarakan kekecewaan rakyat terhadap penggunaan berterusan undang-undang ISA. Larian sejauh 350km ini bermula di kampung baru Pandamaran pada jam 8.15 pagi tadi dan akan berakhir di Kem Tahanan Kemunting.
Menurut Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai, larian tersebut (juga dikenali sebagai ‘Larian Kebebasan’) juga bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya menarik balik perintah pengharaman Hindraf. Ia juga melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan untuk menggesa rakyat Malaysia bersatu untuk ‘bergerak ke hadapan’.
Turut hadir ketika majlis pelepasan tersebut adalah penulis blog Raja Petra Kamaruddin, isteri penasihat undang-undang Hindraf, V Buvaneswary dan ramai lagi. Kebanyakkan yang datang adalah mereka yang telah ditahan atau mempunyai ahli keluarga yang masih ditahan di bawah akta ISA.
Bola Sepak Malaysia – Pasukan Kebangsaan
Ok hari ni kita cerita sikit pasal sukan. Agak-agaknya la kan bila kali terakhir korang tengok perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia? VOY sendiri mengaku, dah lama tak tengok pasukan Malaysia berlawan. Malaysia lawan Vietnam masa Pestabola 2008 hari tu pun VOY terlepas pandang. Nasib dapat tengok rakaman balik jer.
Persoalannya di sini kenapa kita tak berminat nak lihat pasukan Malaysia beraksi? Malah kita lebih gemar menghabiskan masa untuk menyaksikan aksi-aksi pasukan luar seperti Manchester United dan Chelsea. VOY cuba mencari jawapan untuk persoalan ini dan ramai yang berpendapat bahawa pasukan kita langsung tidak mempunyai kualiti bertaraf kebangsaan.
Mungkinkah pemain-pemain kebangsaan kini lebih gemar mengejar dunia glamour semata-mata? Maklumlah kalau kita tengok kat majalah-majalah hiburan seperti Hai, URTV, Manga dan sebagainya, pasti ada gambar-gambar pemain-pemain kebangsaan kita. Siap posing tak pakai baju tepi kolam lagi tu. Aish, kalau pencapaian diorang bagus macam Christiano Ronaldo atau David Beckhem tak per jugak. Ini sesi kelayakan untuk masuk ke World Cup pun tak layak.
Malah siap ada yang kata pemain-pemain kita ni lebih gemar fikirkan pasal rambutnya stylo ke tak daripada menumpukan perhatian di padang. Ada juga pemain yang bersikap ego dan tidak boleh menerima teguran. Jurulatih tegur sikit je dah merajuk. Bayangkan pemain Korea Selatan ditampar jurulatih kerana enggan mendengar kata. Kita bukanlah mengharap pemain-pemain kita ni kena tampar, tapi tunjukkan la semangat dan disiplin kita. Bak kata orang kalau belajar, belajar la betul-betul. Kalo nak main, main betul-betul.
Sebut pasal bola ni, ada satu lagi cerita yang VOY dengar. Ni pasal jersi baru pasukan kebangsaan. Ada beberapa pihak kata ada lambang salib kat baju tu. So ape pendapat korang betul ke nampak lambang salib kat baju tu?
Moto GP di Litar Sepang
Hari ini VOY berkesempatan menyaksikan perlumbaan Moto GP di Sepang, Selangor. Ini merupakan pengalaman kali pertama VOY melihat perlumbaan sebenar sebegini. Terima kasih kepada kawan VOY kerana sudi memberikan tiket percuma.
VOY tiba di Litar Sepang pada pukul 9.00 pagi. Kelihatan ramai peminat-peminat Moto GP di seluruh dunia seperti dari Australia, Canda dan Thailand berkumpul di luar kawasan Grand Stand bagi melihat pameran-pameran motor sebelum menantikan perlumbaan bermula.
Acara bermula dengan kategori 125cc pada pukul 11 pagi, diikuti dengan acara bagi kategori 250cc. Pada pukul 2 petang, perlumbaan Moto GP yang dinanti-nantikan telah pun bermula. Perlumbaan selama 21 pusingan itu disertai oleh pelumba-pelumba handalan yang terkenal seperti Valentino Rossi, Nicky Hayden, Casey Stoner, Dani Pedrosa dan Loris Capirossi.
Valentino Rossi telah muncul sebagai juara pada perlumbaan kali ini apabila beliau berjaya memintas Dani Pedrosa pada pusingan keempat. Valentino Rossi mencatatkan masa terbaik iaitu pada 43′06.007 minit manakala Pedrosa ketinggalan 4.008 saat dibelakang. Ia kemudian diiukuti oleh Andrea Dovizioso di tempat ketiga.
P/s: Pastikan bawak headphone atau earphone kalau nak tengok perlumbaan kat Litar Sepang. Kalau tak sakit telinga korang huhu.
Malaysia Rangkul 1 Gangsa

Kita mungkin sudah tahu bahawa Lee Chong Wei telah mengharumkan nama negara dengan merangkul pingat perak untuk acara perseorangan badminton lelaki di Beijing 2008 yang lepas. Namun, kenalkah kita dengan Siow Lee Chan?
Siow Lee Chan merupakan satu-satunya atlet paralimpik negara yang berjaya membawa pulang pingat semasa kejohanan Paralimpik ke-13 di Beijing pada 6 September sehingga 17 September. Beliau telah memperoleh pingat gangsa bagi acara angkat berat kategori wanita 56kg ke bawah. Beliau telah berjaya mengangkat berat sebanyak 95kg sekaligus berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan rekod Sukan SEA.
Beliau yang telah pulang ke tanah air pada malam bersama atlet-atlet yang lain, telah mendapat habuan sebanyak RM100,000 oleh kerajaan melalui Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan (Shakam). Siow juga telah berjaya menamatkan kemarau tanpa pingat negara selama 16 tahun bagi Sukan Paralimpik.
Malaysia telah menyertai lima jenis sukan daripada 20 jenis sukan yang dipertandingkan di temasya itu. Antaranya termasuklah memanah, olahraga, powerlifting, renang dan perahu layar.
Kita wajar berbangga dengan pencapaian Siow kerana beliau bukan sahaja telah memenangi pingat gangsa, malah beliau telah membuktikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan, beliau masih mampu mengharumkan nama negara.


