Archive for the ‘Technology’ Category
Blog Hina Nabi Satu Konspirasi?
Pada 26 Disember yang lalu, kita digemparkan dengan berita tentang penemuan sebuah blog yang dikatakan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Cerita tentang kes blog yang menghina Nabi ini memang mendapat liputan meluas dari pihak media sejak ia disiarkan di Buletin Utama, TV3.
Banyak reaksi yang diterima dari semua pihak. Ada yang berpendapat individu yang bertanggungjawab menulis blog ini wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia jelas berniat untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Malah Mufti Perak beranggapan tindakan itu adalah satu perbuatan yang biadap dan kurang ajar.
Mengikut siasatan awal, blog berkenaan disyaki kepunyaan seorang wanita Islam bernama Adibah Ahmad, 27 tahun.
Namun, Adibah telah menyangkal segala tuduhan ke atas dirinya kerana dia mengesyaki bahawa ada pihak yang cuba mempergunakan namanya untuk tujuan tersebut. Dia juga mengaku bahawa tidak tahu menahu tentang kewujudan blog tersebut.
Menurut Adibah, dia tidak tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan dengan tegas menyatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang tergamak melakukan perkara yang sebegini hina.

Malah profil Friendster Adibah juga dikatakan telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam satu siasatan yang telah dibuat oleh malayDILEMMA.com, didapati Adibah telah diganggu melalui penggunaan identiti diri di Friendster bermula sejak Oktober 2008. Pihak malayDILEMMA juga berpendapat bahawa orang yang melakukan perkara ini adalah orang yang sama, kerana ayat-ayat yang digunakan di dalam profil tersebut tidak banyak bezanya daripada blog yang menghina Nabi tersebut.
Seperkara lagi, ada seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kes ini. Azahar Mohd, yang dipercayai Pengurus Cawangan tempat Adibah bekerja juga dikatakan sebagai seorang lagi mangsa. Profil Azahar telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melancarkan konspirasi ini.

Melalui profil Azahar, ia menunjukkan betapa bencinya perasaan dia terhadap kaum Cina melalui kata-kata yang kesat dan ayat-ayat yang berbaur perkauman. Namun jika teliti balik profil ini, profil ini baru dibuat pada November 2008. Bertambah menarik apabila nama Adibah juga dikaitkan secara langsung di dalam profil Azahar ini.

Jika kita selidik betul-betul, memang nampak macam ada satu konspirasi yang berlaku di sini. Seolah-olah ada pihak yang cuba mengapi-apikan hubungan antara kaum di negara kita. Memang sungguh moden cara ni. Maklumlah sekarang zaman dah canggih. Dulu orang gunakan kertas dan mulut untuk menyebarkan fitnah. Kini, semuanya melalui Internet dan komputer. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga berpendapat perkara ini sukar dikawal.
Google : Anwar dan Malaysiakini Paling Popular
Baru-baru ini satu Google telah membuat satu tinjauan sepanjang tahun bagi mengenal pasti website-website yang paling di cari untuk tahun ini.
Bagi kategori ‘peningkatan mendadak sepanjang 2008′, website Malaysiakini tlah mendahulai senarai dan telah mengalahkan website-website popular yang lain seperti TV3, Myspace, Facebook dan lain-lain. Wow hebat betul Malaysiakini. Kalah Myspace tu. Agaknya sebab pergolakkan politik yang sedang berlaku di negara kita. Jadi ramai la yang nak tahu cerita terkini.
Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menewaskan Datuk Siti Nurhaliza bagi kategori personaliti. Tahun lepas, Siti Nurhaliza menduduki tangga pertama namun tahun ini beliau sekadar menduduki di tangga kelapan. Ini menunjukkan rakyat Malaysia amat mengambil berat tentang isu-isu politik yang berlaku kini. Adakah ini bermaksud industri hiburan di negara kita semakin merudum?
Antara tinjauan yang dibuat oleh Google Malaysia :
Kategori Personaliti
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. Barack Obama
3. Lim Kit Siang
4. Tun Dr Mahathir
5. Datuk Lee Chong Wei
6. Miley Cyrus
7. Datuk Seri Chua Soi Lek
8. Datuk Siti Nurhaliza
9. Hannah Montanna
10. Tony Pua (Ahli politik DAP)
Kategori Paling Dicari
1. Youtube
2. Yahoo
3. Friendster
4. Utusan
5. MP3
6. Google
7. Games
8. Map
9. Lyrics
10. Myspace
Kategori Peningkatan Mendadak Sepanjang 2008
1. Malaysiakini
2. Facebook
3. Harakah
4. TV3
5. Malaysia Today
6. Rapidshare
7. Blogspot
8. Youtube
9. Themalaysianinsider
10. Beijing 2008
Kategori Blog Yang Paling Banyak Dicari
1. Chedet (Blog Dr. Mahathir)
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim
3. Anil Netto
4. Raja Petra
5. Susan Loone
6. Tony Pua
7. Rockybru
8. Paul Tan
9. Kenny Sia
10. Jeff Ooi
Obama Guna Youtube
Siapa sangka Youtube yang digunakan untuk menyiarkan video-video peribadi pada satu masa dahulu kini menjadi begitu popular pada masa kini. Malah banyak artis-artis baru yang lahir daripada laman web Youtube ini sendiri seperti Marie Digby. Terbaru, bakal Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack Obama telah mengumumkan yang beliau juga akan menggunakan Youtube untuk merakamkan ucapan mingguan beliau ke seluruh dunia selain daripada radio dan televisyen.
Wow langkah ni memang satu benda yang baru dan bijak sebab mana pernah lagi mana-mana ahli politik yang menyiarkan ucapan mingguan secara rasmi di dalam Youtube. Bersesuaian la dengan teknologi masa kini. VOY tertarik dengan cara ini kerana ia bakal menarik perhatian golongan muda-mudi untuk mengambil tahu tentang perkara terkini.
Tipu la kan kalau mereka yang selalu melayari Internet tidak pernah membuka Youtube walaupun sekali. Paling kurang kita akan buka Youtube ni sehari sekali. Youtube ni memang sudah menjadi trend yang baru pada masa kini dan bakal menjadi salah satu sumber media yang berkuasa seperti radio dan televisyen.
Mungkin ahli-ahli politik kita juga boleh mencuba cara ini. Sedikit sebanyak ia akan mendekatkan diri pemimpin kita dengan masyarakat masa kini. Secara peribadi VOY sendiri mengaku sudah jarang menonton televisyen kerana terlalu sibuk dengan tugas masa kini. Kalau ada kesempatan pun VOY tengok berita jam 8 je.
Fakta menarik tentang Youtube :
- Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal. (Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim)
- Pada tahun 2006 sahaja Youtube telah mengumumkan terdapat lebih 100juta video yang dilihat di dalam website ini setiap hari.
- Kini, Youtube telah berjaya mencecah angka 1 billion video yang dilihat dalam sehari.
Penangan Nak Jimat Minyak
VOY rasa tak perlulah VOY nak ceritakan panjang lebar pasal kes peniaga yang terbunuh setelah tangki gas pada van diorang meletup semasa mengisi gas di stesen minyak. Haish apa nak jadi, semata-mata demi menjimatkan minyak, mereka sanggup nak gadaikan nyawa.
Kejadian ni jadi kat Batu Berendam, Melaka. Letupan yang berlaku kira-kira pukul 8 malam semalam telah meragut seorang peniaga dan mencederakan dua yang lain. Ada yang kata tong gas tu meletup akibat haba daripada enjin kenderaan yang tidak dimatikan.
Tambahan lagi diorang gunakan tong gas memasak gas petroleum (LPG) untuk diubahsuai mengisi gas asli (NGV). Last-last skali ape jadi. Nyawa tergadai. Beringat la, duit boleh dicari tapi nyawa tak boleh diganti.
Khas kepada semua pemandu tak kira tua mahu pun muda, VOY sarankan korang pastikan sistem NGV korang dipasang oleh wakil yang disahkan oleh PUSPAKOM sahaja. Maklumlah sekarang kan ramai yang cuba mengaut keuntungan dengan menjadi ejen memasang NGV secara tidak sah. Mungkin korang boleh cek dulu kat website-website seperti http://www.puspakom.com.my atau pun http://www.ngv.com.my/. Yang pasti pastikan korang tahu serba sedikit mengenai NGV sebelum nak bertukar kepada NGV.
VOY pun dapat tau yang ada antara kita yang cuba ‘pomen’ kenderaan mereka dengan sendiri seperti menggunakan air sebagai bahan api dan sebagainya. VOY cuma nak ingatkan supaya lupakan lah saja hasrat korang tu. Bukan sebab apa kalau apa-apa jadi korang juga mangsanya. Jadi cerita ni sebagai pengajaran.
Salam takziah juga VOY nak ucapkan kepada keluarga mangsa. Mungkin tuhan lebih menyayangi beliau.
Panggilan Percuma dan 1 Sen Per SMS!!

Terkejut juga apabila VOY dengar berita ni kat radio masa tengah drive. Mana tidaknya, panggilan free kot. Berita baik ini dikhaskan kepada pengguna-pengguna U-mobile sahaja. Setiap panggilan kepada mana-mana nombor U-Mobile akan dicaj secara percuma dan ini termasuk kepada pengguna yang menggunakan sistem MNP(Mobile Number Portability).
Promosi panggilan percuma ni akan tamat pada 31 Disember ini namun pengguna yang telah mendaftar akan menikmati kadar panggilan percuma dan caj 1 sen per sms sehingga 31 Mac tahun depan. Walaupun begitu, panggilan percuma ini hanya diberikan untuk 60 minit panggilan pertama dalam sehari. Kira kalau cakap lebih-lebih kena bayar juga la.
Target utama U-Mobile Sdn Bhd ini adalah di kalangan para remaja yang kaki SMS (1 sen per sms jer kot). Kepada mereka yang jarang bergayut, promosi ini sudah tentu akan berjaya memikat hati mereka untuk mengubah haluan kepada U-Mobile.
Pandai betul U-Mobile ni buat promosi untuk melariskan produk mereka. Maklumlah mereka kena bersaing dengan syarikat-syarikat yang sememangnya sudah gah di dalam bidang ini seperti Maxis, Digi dan Celcom. Paling kurang promosi ni dapat mencuri beberapa pelanggan Maxis, Digi dan Celcom yang sedia ada.
Satu lagi cerita pasal Mobile Number Portability (MNP). Pada pendapat VOY sistem ini sememangnya sangat-sangat menarik dan memudahkan. Kita tidak perlu lagi menukar nombor telephone sekiranya ingin bertukar kepada servis provider yang lain. So pasni tak da la kita kene bagi tau semua kawan-kawan, kita dah tukar nombor baru huhu.. Teringat juga iklan Celcom pasal MNP ni. Kelakar betul tengok gelagat Harith Iskandar.
Konspirasi minyak ??
Diam tak diam, harga minyak dunia dah semakin turun. Tapi, rakyat still tertunggu-tunggu dengan tindakan kerajaan. Bila,harga minyak negara nak turun? Berapa sen nak turun? So, baru-baru ni, VOY dapat satu info pasal harga minyak dari satu sumber.
Salam semua, setelah tamatnya perbincangan kpdn dgn presiden PDAM sebentar tadi, kementerian akan mengumumkan harga baru minyak pada 31/10.
Ini bermakna harga baru pada 1 nov. Sila jadualkan stock anda sebijaksana yang mungkin.
From:
Presiden pesamp Tn. Hj Abu Samah Bachik.
So, agak-agak korang wajar ke, tindakan turunkan harga minyak ni? Berapa sen yang patut turun? Dari announcement nih, macam banyak. Tapi tak tahu lah kan… lets just wait n see. Pendapat VOY, rasanya buat masa nih rakyat dah mula cope on with the latest price minyak. So, memandangkan ekonomi dunia pun tengah dalam krisis kenapa tak disalurkan lebihan subsidi minyak yang tak diguna pakai ni untuk menjana semula ekonomi kita? Masa ni lah, untuk kita naikkan ekonomi negara, ini lah peluang untuk kita lebih maju setapak berbanding negara yang seiring dengan kita selama ni, sebab negara kita tak effect teruk bcoz of this problem. At least tak seteruk Singapore.
Jom Lawan Siapa Paling Tinggi
Semalam, Putera Al-Waleed Talal, Kerabat Diraja Saudi, berkata beliau sedang merancang untuk membina sebuah bangunan yang paling tinggi di dunia di Bandar Jeddah tidak lama lagi.
Syarikatnya, Kingdom Holding, membuat kenyataan, ketinggian bangunan berkenaan dijangka melebihi 1,312.4 meter dan akan menjadi satu projek terbesar di Arab Saudi.
Projek ini dijangka menelan kos sehingga 100 billion riyal (RM93.9 billion) dan akan dikenali sebagai Kingdom City. Bangunan ini akan meliputi kawasan seluas 23 juta meter persegi dan akan dilengkapi dengan kawasan kediaman mewah, hotel, pusat membeli-belah dan pejabat.
Wow bertambah lagi nampaknya bangunan-bangunan pencakar langit yang bakal dibina. Seolah-olah masing-masing sedang berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuasaan dan kekayaan masing-masing. Mana tidaknya, sebelum ini Bandar Dubai di Emiriah Arab Bersatu juga telah mengumumkan ia akan membina bangunan pencakar langit melebihi satu kilometer tinggi.
Berikut adalah senarai bangunan-bangunan tertinggi di dunia pada masa kini:
- Burj Dubai (707 meter) - Emiriah Arab Bersatu
- KVLY-TV mast (628.8 meter) - United States
- CN Tower (553.3 meter) - Canada
- Sears Tower (527.3 meter) - United States
- Taipei 101 (509.2 meter) - Taiwan
- Shanghai World Financial Center (492 meter) - China
- BREN Tower (462 meter) - United States
- VLF transmitter Lualualei (458.11 meter)- United States
- Petronas Twin Towers (452 meter) - Malaysia
- Gres-2 Power Station (419.7 meter) - Kazakhstan


