Blog Hina Nabi Satu Konspirasi?

Pada 26 Disember yang lalu, kita digemparkan dengan berita tentang penemuan sebuah blog yang dikatakan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Cerita tentang kes blog yang menghina Nabi ini memang mendapat liputan meluas dari pihak media sejak ia disiarkan di Buletin Utama, TV3.

Banyak reaksi yang diterima dari semua pihak. Ada yang berpendapat individu yang bertanggungjawab menulis blog ini wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia jelas berniat untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Malah Mufti Perak beranggapan tindakan itu adalah satu perbuatan yang biadap dan kurang ajar.

Mengikut siasatan awal, blog berkenaan disyaki kepunyaan seorang wanita Islam bernama Adibah Ahmad, 27 tahun.

Namun, Adibah telah menyangkal segala tuduhan ke atas dirinya kerana dia mengesyaki bahawa ada pihak yang cuba mempergunakan namanya untuk tujuan tersebut. Dia juga mengaku bahawa tidak tahu menahu tentang kewujudan blog tersebut.

Menurut Adibah, dia tidak tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan dengan tegas menyatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang tergamak melakukan perkara yang sebegini hina.

Adibah

Malah profil Friendster Adibah juga dikatakan telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam satu siasatan yang telah dibuat oleh malayDILEMMA.com, didapati Adibah telah diganggu melalui penggunaan identiti diri di Friendster bermula sejak Oktober 2008. Pihak malayDILEMMA juga berpendapat bahawa orang yang melakukan perkara ini adalah orang yang sama, kerana ayat-ayat yang digunakan di dalam profil tersebut tidak banyak bezanya daripada blog yang menghina Nabi tersebut.

Seperkara lagi, ada seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kes ini. Azahar Mohd, yang dipercayai Pengurus Cawangan tempat Adibah bekerja juga dikatakan sebagai seorang lagi mangsa. Profil Azahar telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melancarkan konspirasi ini.

Azahar

Melalui profil Azahar, ia menunjukkan betapa bencinya perasaan dia terhadap kaum Cina melalui kata-kata yang kesat dan ayat-ayat yang berbaur perkauman. Namun jika teliti balik profil ini, profil ini baru dibuat pada November 2008. Bertambah menarik apabila nama Adibah juga dikaitkan secara langsung di dalam profil Azahar ini.

azahar2

Jika kita selidik betul-betul, memang nampak macam ada satu konspirasi yang berlaku di sini. Seolah-olah ada pihak yang cuba mengapi-apikan hubungan antara kaum di negara kita. Memang sungguh moden cara ni. Maklumlah sekarang zaman dah canggih. Dulu orang gunakan kertas dan mulut untuk menyebarkan fitnah. Kini, semuanya melalui Internet dan komputer. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga berpendapat perkara ini sukar dikawal.

Read the rest of this entry »

Wajarkah Hukum Hudud Dilaksanakan?

Selamat menyambut Awal Muharam kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan cuba memperbaiki kesilapan yang lalu dan berazam untuk meningkatkan produktiviti.

Cerita pasal hukum hudud memang sudah cukup sinonim dengan PAS. Maklumlah perjuangan utama PAS adalah cuba untuk membangunkan sebuah negara yang berteraskan agama Islam. Tujuan utama VOY menulis tentang perkara ini adalah untuk melihat pendapat korang sama ada wajarkah hukum hudud ini dilaksanakan di Malaysia? Jadi kita kena cuba berfikiran terbuka dalam memikirkan pasal isu ini.

Hukum hudud adalah salah satu dari cabang undang-undang jenayah Islam. Antara kesalahan yang digolongkan dalam kesalahan hudud adalah :

  • Melakukan zina (dihukum dengan sebat 100 kali bagi pesalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin)
  • Menuduh orang lain berzina tanpa bukti (dihukum dengan 80 kali sebat)
  • Minum arak (dihukum 40 kali sebat)
  • Mencuri (dihukum dengan memotong tangan)
  • Merompak (dihukum mengikut kadar keseriusan perbuatan itu)

Perlu diingatkan bahawa hukum hudud ini hanya untuk orang Islam. Sama seperti yang diterangkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, “PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.”

Namun, perlaksanaan hukum hudud ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak termasuk parti DAP. Mereka berpendapat hukum ini seumpama amat zalim dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Memang sebenarnya memang susah untuk melaksanakan hukum ini terutamanya di dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Oleh itu, pihak PAS berpendapat mereka sedia menunggu hingga semua pihak bersedia untuk menerima hukum hudud walaupun terpaksa mengambil masa 30 tahun lagi.

“Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang ini, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan,” kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jadi VOY nak tanya pendapat korang semua, adakah korang semua dah bersedia untuk menerima hukum hudud ini dijalankan di negara kita atau masanya masih belum sesuai lagi? Apa yang pasti, orang yang buat salah adalah golongan pertama yang akan menentang perlaksanaan hukum ini.

Read the rest of this entry »

Denda RM2,000 Jika Tak Pakai Seat Belt Belakang

Buckle UpBerkuatkuasa 1 Julai 2009, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan penalti tidak melebihi RM2,000 atau maksimum setahun penjara atau kedua-duanya sekali ke atas penumpang kereta di belakang yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar. Huiyoo banyak tu…

Walau bagaimanapun, bagi tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan undang-undang tersebut, JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya akan mengenakan kompaun sebanyak RM300 kepada pesalah. RM300 tu boleh dikatakan banyak lagi tu. Ish.. ish.. ish.

Mengikut kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, tindakan mengenakan penalti tinggi itu bagi memastikan masyarakat bertindak segera memasang tali pinggang kenderaan di belakang yang didapati mampu mengurangkan kecederaan atau maut sehingga 50 peratus.

“Budaya rakyat negara kita suka menunggu sehingga tarikh akhir dan kami tidak mahu mereka menangguhkan pemasangan tali pinggang di tempat duduk belakang selama tiga tahun (sehingga 31 Disember 2012) seperti sudah ditetapkan kerajaan.

“Sebab itu, kita kenakan denda yang cukup berat ini supaya mereka bertindak segera demi keselamatan sendiri dan keluarga. Kalau buat awal, ia juga akan memudahkan mereka kerana tidak perlu beratur lama untuk memasang tali pinggang keledar di belakang,” katanya lagi.

Penguatkuasaan ini akan bermula pada 1 Januari 2009 di mana pihak JPJ dan polis akan mula mengenakan saman terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan baru itu.

Pemakaian tali pinggang keledar di bahagian belakang ni memang sudah jadi isu yang lama. VOY juga pernah tulis tentang isu pemakaian tali pinggang keledar ni beberapa bulan yang lepas. Namun masih ramai lagi yang tetap berdegil untuk tidak menggunakan tali pinggang keledar ini. Nampaknya mungkin dengan cara amaran saman sebegini baru dapat memaksa para penumpang untuk mengikuti peraturan yang baru ini.

VOY juga teringin nak tahu antara korang semua ni, siapa yang sudah mula menggunakan tali pinggang keledar apabila setiap kali menaiki kereta? VOY selalu bawa kereta, so memang konpem la pakai tali pinggang keledar bahagian depan. Huhu

Read the rest of this entry »

Tabung Bantuan Bencana Alam Bukit Antarabangsa Kurang Sambutan

Masih ingat lagi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa pada 6 Disember yang lalu? Maklumat terkini menyatakan bahawa seramai 5 orang telah terkorban, dan 14 lagi cedera apabila 14 buah bangle ranap ditimbus runtuhan tanah.

Ekoran daripada kejadian itu, Tabung Bantuan Bencana Alam Bukit Antarabangsa telah pun ditubuhkan bagi mengumpul sumbangan agar dapat membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Namun, sehingga hari ini hanya RM160,000 sahaja yang mampu dikumpulkan walaupun promosi secara besar-besaran telah pun diadakan dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ramai yang berpendapat bahawa mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh ini kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang kaya dan berada. Tanggapan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan kadar kutipan sumbangan tabung itu agak rendah.

Sehubungan dengan itu, Sekretariat Tabung Bantuan Bencana Alam Bukti Antarabangsa telah merayu kepada masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap status ekonomi mangsa yang terlibat.

Pengerusinya, Datuk Ismail Kijo, berkata, “Mungkin orang ramai tidak tahu, ada antara mangsa yang tidak mampu membeli susu anak dan lampin pakai buang ekoran kejadian itu. Disebabkan tinggal di Bukit Antarabangsa mereka dianggap orang kaya sedangkan masyarakat tidak tahu kadar sewa apartmen di sana murah, ada yang sekitar RM500 sahaja”.

Memang kawasan Bukit Antarabangsa memang terkenal sebagai kawasan perumahan orang-orang kaya. Walaubagaimanapun, tidak semua mangsa yang tergolong dalam golongan itu. Jadi VOY nak ajak korang semua menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh ini.

Pihak sekretariat juga perlu bijak menguruskan wang sumbangan yang diterima suapaya hanya pihak yang memerlukan sahaja yang akan menerima duit sumbangan tersebut. Janganlah pulak mereka yang memang sudah kaya diberi sumbangan tersebut. Tak layak pun. Mungkin piahk secretariat boleh membahagikan golongan mangsa mengikut pendapatan keluarga tersebut dalam sebulan.

Read the rest of this entry »

Merry Christmas

Selamat Hari Natal atau dalam bahasa orang putih, Merry Christmas kepada semua pembaca yang beragama Kristian dan yang menyambut perayaan ini. Walaupun kat negara kita ni tak ada musim salji, tapi kemeriahan Hari Christmas ni tetap dirasai oleh semua. Kalau nak main salji pergi je kat Mines Wonderland atau Genting… Siapa kata kat Malaysia tak ada salji? Betul tak? Anything is possible.

Perayaan Christmas ni cukup sinonim dengan Santa Clause yang dikatakan akan datang ke rumah pada malam Christmas untuk memberikan hadiah kepada kanak-kanak. Jadi memang tak hairanlah kalau Hari Christmas ni kita akan mendapat pelbagai hadiah. :)

Apa-apa hal pun selamat bercuti kepada semua hehe.

Jambatan Selat Melaka?

indonesia

Pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menjelaskan cadangan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka. Tujuan utama pembinaan jambatan sepanjang 52 kilometer itu adalah bagi meningkatkan pembangunan social ekonomi di kedua-dua wilayah tersebut.

Cadangan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka ini juga pernah dicetuskan pada DMDI kelapan tahun lalu. Dianggarkan kos pembinaan jambatan itu akan menelan belanja sehingga mencecah US$11 billion bersamaan dengan RM35.2 billion.

Hmm.. agak menarik juga cadangan ini kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia. Malah ia juga bakal menjadi tarikan para pelancong untuk melihat sebuah jambatan yang berjaya merentasi Selat Melaka. Selat Melaka ni memang cukup popular dari dulu lagi. Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang, Malah Selat Melaka diiktiraf sebagai sebagai selat yang paling sibuk di dunia.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan membina jambatan tersebut perlu dikaji rapi dan menyeluruh. Ini termasuklah kajian kos pembinaan jambatan dan pulangan yang akan diterima.

“Kita perlu buat kajian menyeluruh (terlebih dahulu) dan kemudian kita kemukakan kepada kedua-dua pemerintah. Kita kena tengok sama ada sesuai atau tidak dari segi kos dan pulangannya,” katanya.

Najib juga berpendapat buat permulaan kedua-dua wilayah itu akan dihubungkan dengan perkhidmatan feri antara Kuala Linggi di Melaka dan Dumai di Sumatera.

“Kita mulakan dengan feri dari Dumai ke Linggi dahulu. Mana tahu jambatan ini akan menjadi kenyataan,” kata beliau sambil memaklumkan perkhidmatan feri tersebut akan beroperasi mulai April tahun depan.

Eh bukan ke dari dulu memang dah ada perkhidmatan feri dari Malaysia ke Dumai, Indonesia? Sebagai contoh dekat Port Dickson ada je perkhidmatan ini ditawarkan. Tapi, elok juga ditambah perkhidmatan ini ditambah. Paling kurang ramai pelancong yang akan berminat datang ke Malaysia. Harap-harap pelancong la dan bukannya pendatang tanpa izin.

Read the rest of this entry »

Bayi Dinodai

Naik geram pula apabila VOY baca artikel daripada Harian Metro hari ini. Mana tidaknya, dua beranak, termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan pihak polis atas tuduhan menodai seorang bayi perempuan yang baru berusia 20 bulan. Biar benar? Bayi tu baru jer berusia tak sampai 2 tahun dah diperlakukan sebegitu. Ni nafsu ape ni? Haiwan pun tak bernafsu macam tu.

Kejadian berlaku kat Butterworth apabila ibu bayi berkenaan menyedari anaknya menangis begitu lama pada malam Jumaat yang lalu. Bayinya menangis dengan kuat pada malam itu dan membuatkan dirinya resah.

Wanita tersebut cuba memeriksa bayinya untuk mencari punca bayinya menangis. Alangkah terkejutnya ibu bayi berkenaan apabila mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya itu. Dia kemudian terus membawa bayinya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan doctor telah mengesahkan bahawa terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun keadaan bayi tersebut dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ.

Ibu bayi tersebut telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh sejak 14 November yang lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama. Namun, lain pula jadinya.

“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.

Manusia jenis apa ni? Ini boleh dikatakan lebih hina daripada binatang. Macam mana diorang ni boleh bernafsu ke atas seorang bayi perempuan yang tidak bersalah. Bayangkan bagaimana anak perempuan tersebut akan meneruskan kehidupan selepas mengetahui dirinya pernah dinodai semasa bayi lagi.

Memang sejak akhir-akhir ni banyak kes rogol yang melibatkan kanak-kanak. Apakah punca utama perkara ini berlaku? Adakah kerana tidak cukup perempuan dewasa di negara kita ini? Ataupun lelaki-lelaki seperti ini semuanya penakut dan hanya pandai mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak berdaya? Baik tak payah jadi lelaki la. Memalukan kaum lelaki je.

Korang rasa apakah hukuman yang paling sesuai dikenakan ke atas mereka yang merogol kanak-kanak?

Read the rest of this entry »