Posts Tagged ‘DAP’

Wajarkah Hukum Hudud Dilaksanakan?

Selamat menyambut Awal Muharam kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan cuba memperbaiki kesilapan yang lalu dan berazam untuk meningkatkan produktiviti.

Cerita pasal hukum hudud memang sudah cukup sinonim dengan PAS. Maklumlah perjuangan utama PAS adalah cuba untuk membangunkan sebuah negara yang berteraskan agama Islam. Tujuan utama VOY menulis tentang perkara ini adalah untuk melihat pendapat korang sama ada wajarkah hukum hudud ini dilaksanakan di Malaysia? Jadi kita kena cuba berfikiran terbuka dalam memikirkan pasal isu ini.

Hukum hudud adalah salah satu dari cabang undang-undang jenayah Islam. Antara kesalahan yang digolongkan dalam kesalahan hudud adalah :

  • Melakukan zina (dihukum dengan sebat 100 kali bagi pesalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin)
  • Menuduh orang lain berzina tanpa bukti (dihukum dengan 80 kali sebat)
  • Minum arak (dihukum 40 kali sebat)
  • Mencuri (dihukum dengan memotong tangan)
  • Merompak (dihukum mengikut kadar keseriusan perbuatan itu)

Perlu diingatkan bahawa hukum hudud ini hanya untuk orang Islam. Sama seperti yang diterangkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, “PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.”

Namun, perlaksanaan hukum hudud ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak termasuk parti DAP. Mereka berpendapat hukum ini seumpama amat zalim dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Memang sebenarnya memang susah untuk melaksanakan hukum ini terutamanya di dalam sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Oleh itu, pihak PAS berpendapat mereka sedia menunggu hingga semua pihak bersedia untuk menerima hukum hudud walaupun terpaksa mengambil masa 30 tahun lagi.

“Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang ini, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan,” kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jadi VOY nak tanya pendapat korang semua, adakah korang semua dah bersedia untuk menerima hukum hudud ini dijalankan di negara kita atau masanya masih belum sesuai lagi? Apa yang pasti, orang yang buat salah adalah golongan pertama yang akan menentang perlaksanaan hukum ini.

Read the rest of this entry »

Larian anti-ISA

Larian Anti-ISANi bukan larian obor untuk Sukan Olimpik. Tapi ini adalah larian anti-ISA yang dianjurkan oleh DAP bagi menyuarakan kekecewaan rakyat terhadap penggunaan berterusan undang-undang ISA. Larian sejauh 350km ini bermula di kampung baru Pandamaran pada jam 8.15 pagi tadi dan akan berakhir di Kem Tahanan Kemunting.

Menurut Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai, larian tersebut (juga dikenali sebagai ‘Larian Kebebasan’) juga bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya menarik balik perintah pengharaman Hindraf. Ia juga melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan untuk menggesa rakyat Malaysia bersatu untuk ‘bergerak ke hadapan’.

Turut hadir ketika majlis pelepasan tersebut adalah penulis blog Raja Petra Kamaruddin, isteri penasihat undang-undang Hindraf, V Buvaneswary dan ramai lagi. Kebanyakkan yang datang adalah mereka yang telah ditahan atau mempunyai ahli keluarga yang masih ditahan di bawah akta ISA.

Read the rest of this entry »

1 Dibebaskan, 2 Masih Ditahan

TanWartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam Pulau Pinang kelmarin, telah pun dibebaskan semalam. Tan, 33, dibebaskan pada pukul 2.30 petang semalam setelah polis berpuas hati dengan siasatan yang telah dijalankan terhadapnya.

Tan sebelum ini telah ditahan kerana melaporkan ucapan yang didakwa berbaur perkauman yang mengaitkan bekas ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina “menumpang” di negara ini. Tan merupakan salah seorang yang telah ditahan di bawah ISA kelmarin bersama-sama dengan Raja Petra Kamaruddin, editor Malaysia Today dan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah berkata bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada tindakan segera pihak polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan. Risikan polis mendapati bahawa nyawa Tan terancam selepas Hoon Cheng membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi Datuk Ahmad Ismail.

“Beliau adalah orang pertama yang menyiarkan laporan berhubung kenyataan (bekas) ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera (Datuk) Ahmad Ismail yang didakwa berbaur perkauman, maka kami perlu menangani isu ini dengan sebaik-baiknya. Kami tidak mahu apa-apa berlaku terhadap wartawan ini apabila terdapat ancaman terhadap nyawanya”, kata Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula menyifatkan pembebasan Tan tanpa syarat itu sebagai satu kemenangan rakyat dan hasil tekanan rakyat terhadap penggunaan undang-undang tersebut.

Lim juga berkata, Tan menjadi kebanggaan kerana telah mempertahankan tugas professionalnya sebagai seorang wartawan. “Kita akan menumpukan tenaga kita untuk mendapatkan kebebasan Teresa dan Raja Petra serta tahanan-tahanan yang lain,” katanya lagi.

Tan Hoon Cheng kini dilaporkan berada di rumahnya di Bukit Mertajam selepas dibebaskan tanpa bersyarat di ibu pejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Nampaknya pelbagai andaian yang telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Jadi, pada pandangan korang semua, adakah wajar tindakan kerajaan dengan masih menahan Raja Petra dan Teresa di bawah ISA? Dan adakah pihak pembangkang akan cuba mempergunakan peluang ini untuk meraih undi daripada rakyat dengan alasan hak bersuara rakyat telah disekat?

(Clik “Read the rest of the entry” for the English version)

Read the rest of this entry »