Posts Tagged ‘gempa bumi’
Gempa Bumi di Malaysia?
Siapa sangka negara kita, Malaysia akan mengalami masalah gempa bumi. Semalam, gempa bumi berukuran 3.3 pada skala Ritcher berlaku di pedalaman Sandakan, Sabah pada pukul 1.53 tengah hari. Walaubagaimanapun, gempa bumi itu tidak akan membawa sebarang ancaman tsunami.
Agak terkejut juga apabila VOY dapat tahu berita ni. Yela Malaysia kan tidak terletak di dalam kawasan lingkaran api pasifik. Namun baru-baru ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof telah mengumumkan bahawa Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Lahad Datu merupakan empat kawasan yang berisiko tinggi di Malaysia untuk mengalami gempa bumi.
“Amaran awal adalah paling penting bagi memastikan penduduk bersedia menyelamatkan diri sekiranya berlaku gempa bumi dan ia dapat diberikan dalam tempoh 15 minit sekiranya berlaku pergerakan bumi,” katanya lagi.
Haa.. jangan sangka kita tinggal di Malaysia boleh terselamat daripada sebarang bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Tengok la sendiri pada 26 Disember 2004, di mana buat pertama kalinya negara kita dilanda tsunami dan telah mengorbankan banyak nyawa. Apabila perkara ini dah terjadi baru lah kita nak bertindak untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Ini bermaksud kita masih belum bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam. Dah terkena baru nak mengelak.

Sedikit info tentang Lingkaran Api Pasifik:
- kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik.
- hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api.


