Posts Tagged ‘harga minyak’

Bertukar Ke RON95 Untuk Lebih Penjimatan?

RON 95Semalam, Datuk Shahrir Samad telah berkata bahawa kerajaan bakal menggalakkan semua pemilik stesen minyak di negara kita menjual petrol tanpa plumbum jenis RON 95 bermula tahun depan.

Galakkan ini dibuat kerana harga petrol RON 95 dikatakan lebih murah berbanding RON 97 yang dijual dengan harga RM2 seliter sekarang. Beliau juga berkata RON 95 sesuai dengan semua jenis kenderaan ringan yang digunakan di negara ini dan kualitinya tidak jauh berbeza dengan petrol RON 97.

Jadi apa perbezaan antara RON95 dan RON 97? Tak bahaya ke kalau tiba-tiba kita bertukar daripada RON97 kepada RON 95? VOY pun buat sedikit research pasal benda ni.

RON = Research Octane Number.

Semakin tinggi RON = Lagi lambat meletus = Lagi kurang ‘Knocking’ = Lagi selamat enjin korang.

Untuk enjin pulak, semakin tinggi RON, Advance lagi banyak (so tingkatkan performance enjin).

Beza RON 95 dan RON 97 tak banyak sangat. Tapi disyorkan kalau kereta tu pakai RON97, jangan pakai RON rendah seperti RON 95. Sebab benda ni tak baik untuk enjin korang (cepat rosak).

Jadi ini bermaksud tak semua kereta boleh pakai RON 95. Cek kat penutup minyak korang atau buku manual kereta untuk tengok tahap minimum RON yang korang boleh pakai. Kalau nampak RON97 nasib la korang. Buat masa ni, banyak kereta ringan-ringan seperti Kancil, Kelisa, dan Viva, semuanya tak de masalah kalau nak guna RON 95 ni. Cuma kereta-kereta mewah seperti Mercedes dan BMW je digalakkan jangan pakai RON 95. Kalau pakai jugak, nanti rosak enjin karang.

Galakkan kerajaan menggunakan RON 95 ni seolah-olah macam serampang dua mata. Mereka yang guna kereta-kereta biasa ni dapat la rasa minyak yang lagi murah. Manakala mereka yang guna kereta mewah kena la bayar minyak lebih (lagi-lagi sekarang ni kerajaan dah tak kasi subsidi minyak). Dah pakai pakai kereta besar, so tanggung la sendiri.

Read the rest of this entry »

Antara Minyak dan Rebet

minyakKorang dah amik ke rebet tunai yang diberikan oleh kerajaan tahun ni? Kalau belum lagi cepat-cepat la pi amik, dah nak penghujung tahun dah pun ni. Lagi tahun depan kerajaan nak tukar kepada system rebet tunai yang baru.

Kenapa nak tukar? Mengikut kata Datuk Shahrir Samad, terdapat ramai pengguna yang tidak gembira dengan sistem rebet tunai pada masa kini dan kerajaan terpaksa fikirkan satu sistem baru untuk semua.

Ingat lagi masa mula-mula kerajaan umumkan sistem rebet. Berapa ramai yang sanggup beratur kat pos ofis pada hari pertama semata-mata nak dapatkan duit. Siap ada yang tunggu dari pukul 6.30 pagi kat luar pos ofis lagi. Mungkin takut duit tak cukup kot huhu. Korang nak tau berapa banyak kerajaan dah kuarkan duit untuk sistem rebet ni? RM2.5 billion! Banyak tu.

Satu lagi cerita pasal minyak yang diturunkan beberapa hari yang lalu. Harga petrol baru je diturunkan 15sen daripada RM2.30 seliter sebelum ini. Datuk Shahrir berkata harga minyak dijangka akan diturunkan lagi tetapi tidak akan melebihi paras RM1.92 seliter. Sama dengan harga petrol sebelum ia naik mendadak kepada RM2.70 pada bulan Jun yang lepas.

VOY ada juga dapat khabar-khabar angin daripada rakan-rakan yang mengatakan bahawa harga minyak mungkin akan diturunkan lagi sehingga RM1.80 seliter berikutan penurunan harga minyak setong di pasaran antarabangsa. Sejauh mana kebenaran perkara ini masih menjadi tanda tanya.

Bila kita berborak pasal harga minyak ni, pasti kita akan ungkitkan pasal harga barang jugak. Dua-dua benda ni memang saling berkait rapat. Ramai yang bising apabila harga barang tetap kekal meskipun harga minyak telah diturunkan. Sekarang baru harga barang nak start turun perlahan-lahan. Contohnya harga beras akan dikurankan sebanyak 20sen sekilo. Pelik betul masa naik harga minyak dulu cepat je harga barang naik skali. Sekarang bila minyak dah turun dia pulak turun slow2.

Read the rest of this entry »

Minyak Sudah Turun, Bila Harga Barang Nak Turun?

Siapa tak gembira kalau harga minyak turun? Nak diikutkan ini dah kali ketiga minyak turun berturut-turut dalam tempoh tiga bulan ni. Baru sahaja beberapa hari yang lepas minyak turun lagi daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.

Persoalaannya di sini, walaupun harga minyak telah turun dengan mendadak, namun harga barang tetap meningkat dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang ianya akan dikurangkan. Itu yang kita bimbangkan betul tak?  Sebagai contoh, pada masa dulu ikan selar kuning boleh didapati dengan harga RM6 - RM7 sekilo. Namun sekarang sudah naik kepada RM 10 ke RM12 sekilo. Perkara yang sama juga terjadi untuk harga perkhidmatan seperti bas dan teksi. Pengguna masih terpaksa membayar caj perkhidmatan yang mahal walaupun harga minyak telah diturunkan.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengatakan bahawa para peniaga perlu menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak yang telah berlaku sebanyak 3 kali pada tahun ini. Beliau juga ditanya sekiranya kerajaan akan mencadangkan para pengguna memboikot peniaga yang meletakkan harga yang tinggi, dan beliau menjawab,

“Saya tak boleh ajar orang memboikot tetapi ini adalah perkara yang persatuan pengguna perlu memahami apa yang perlu dilakukan. Bila harga barang dah tinggi kita tak belilah.”

“Untuk itu saya dah minta Datuk Shahrir Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) supaya mengaturkan pertemuan dengan kesemua persatuan pengguna bagi kita berbincang mengenai hal ini,” katanya lagi. Beliau turut berkata kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas ke atas para peniaga yang enggan menurunkan harga barang tidak lama lagi.

Apa yang kita boleh buat pada masa ini adalah hanya menunggu masa kerajaan melaksanakan tindakan tersebut. Agak sukar untuk kita memboikot barang yang dijual oleh para peniaga kerana kebanyakan barang merupakan barang keperluan yang wajib di dalam kehidupan harian kita.

Read the rest of this entry »

Adakah Kereta Hybrid Mampu Dimiliki?

Honda Civic Hybrid

Kereta Hybrid sememangnya sudah terkenal kerana ia mampu menjimatkan penggunaan minyak. Namun kereta hybrid masih belum meluas di pasaran. Antara faktor utama adalah harganya yang lebih mahal berbanding kereta yang menggunakan petrol sepenuhnya sebagai bahan api.

Sebuah kereta hybrid buatan Honda berkapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Manakala kos bagi kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran hanya berharga antara RM110,000 sehingga RM120,000.

Perbezaan besar ini terjadi kerana reka bentuk kereta hybrid yang lebih kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal bagi meringankan keseluruhan kenderaan.

Mengikut pendapat Prof Dr Azhar Abdul Aziz, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kos kereta hybrid boleh dikurangkan dengan penggunaan komponen elektrik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi daripada kerajaan.

Pada bulan lepas, Honda Malaysia Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan harga terbaru yang dikaji semula bagi model Civic Hybrid tidak lama lagi. Ia merupaka langkah susulan yang dilaksanakan oleh syarikat itu selepas kerajaan telah mengumumkan insentif menarik berhubung kenderaan hybrid dalam Bajet 2009.

Dalam Bajet 2009, kerajaan telah mencadangkan pengecualian duti import sebanyak 100% dan duti eksais sebanyak 50% kepada pemegang francais yang mengimport kereta hybrid pasang siap (CBU) dengan kapasiti enjin di bawah 2,000 cc. Pengecualian itu adalah selama 2 tahun sebagai persediaan untuk mereka memasang kereta itu di dalam negara.

Ketika ini, pengeluar kereta gergasi sedang berlumba-lumba untuk memajukan kereta hybrid bagi memenuhi permintaan pengguna. Pengeluar kereta kecil, seperti Proton, terpaksa menghadapi cabaran sama ada untuk turut mengeluarkan kereta ini atau mereka terus ketinggalan di belakang.

Read the rest of this entry »

Harga Minyak Turun Malam Ini!!

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

Sumber : Utusan

P/s: Korang rasa cukup ke dengan penurunan sebanyak 10 sen? Dulu pun pernah turun 15 sen. Jadi sekarang ini jumlahnya 25 sen dah turun? Apa komen korang?

Minyak Mungkin Turun Menjelang Aidilfitri

Berita terkini berkenaan harga minyak. Seperti yang kita semua sudah tahu, Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah membuat pengumuman bahawa harga minyak mungkin akan diturunkan lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kita bakal mengetahui keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

‘‘Pengumuman penurunan harga itu memerlukan sedikit penyesuaian bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan secara mendadak dalam pasaran,” kata Sharir tanpa mahu mengesahkan jika penurunan harga minyak akan dilakukan sebelum Aidilfitri.

Shahrir juga mengulas tentang trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah paras AS$100 (RM340) setong jika dibandingkan dengan harga pada awal Julai lalu iaitu AS$148 (RM482).

Seperti yang kita tahu, di saat tibanya musim perayaan, permintaan terhadap barang keperluan akan meningkat. Jadi, mungkinkah harga barang keperluan akan menurun sekiranya harga minyak diturunkan beberapa hari sebelum tibanya Aidilfitri?

Jika kita lihat daripada keadaan sebelum-sebelum ini, harga barang keperluan berkemungkinan besar akan tetap kekal walaupun harga minyak telah diturunkan. Para peniaga memerlukan masa untuk menstrukturkan kembali harga barang di pasaran dan perkara ini amat sukar dilakukan dengan serta-merta kecuali dengan arahan daripada pihak kerajaan.

Shahrir juga berkata sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan dijangka akan ditentukan kaedah perlaksanaannya selewat-lewatnya pertengahan bulan depan. Sistem dua pam merupakan satu kaedah bagi memastikan warga asing tidak dapat membeli minyak dengan kadar subsidi seperti yang dinikmati rakyat tempatan.

Satu pam akan dikhaskan untuk pembelian oleh rakyat tempatan dengan kadar subsidi dan satu pam lagi untuk rakyat asing, di mana petrol akan dijual berdasarkan harga pasaran semasa.

Read the rest of this entry »

Harga Minyak Mungkin Turun Lagi

Minyak rayaMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata bahawa harga minyak tempatan mungkin akan diturunkan lagi sebelum menjalang hari raya Aidilfitri ini. Ini sejajar dengan trend penurunan harga minyak pada masa kini.

“Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Tetapi nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya sebelum menyambut hari raya nanti, dapat satu berita yang baik”.

Shahrir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong semalam berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu. Beliau juga berkata kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan sebelum menetapkan apa-apa tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru.

Bagaimanapun katanya, ia mungkin akan diumumkan kurang daripada tempoh itu termasuk bulan ini yang dijangka diumumkan sebelum Aidilfitri.

“Macam bulan lepas, kita dah nak ambil harga sebulan tetapi bila diberitahu tentang kenaikan indeks harga pengguna dan kita akan menyambut merdeka, jadi Kabinet merasakan mengapa kita tunggu kerana harga minyak dah turun pada paras yang baik. Jadi kita diputuskan untuk turunkan harga minyak pada ketika itu lebih awal daripada sepatutnya dan keadaan yang sama saya jangka boleh berlaku pada bulan ini,” katanya.

Sebelum ini, harga minyak telah diturunkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter. Banyak pihak yang beranggapan bahawa penurunan minyak pada masa itu berkait rapat dengan pilihan raya di Permatang Pauh. Ia dikatakan sebagai salah satu cara kerajaan memancing undi pengundi di Permatang Pauh. Walau bagaimanapun kejadian sebaliknya berlaku apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menang besar pada pilihan raya kecil itu.

Walau apa pun tanggapan orang ramai, berita tentang penurunan harga minyak semestinya akan mengembirakan hati semua pihak. Jadi, wajarkah kita mempersoalkan mengapa harga minyak diturunkan?

(Clik “Read the rest of the entry” for the English version)

Read the rest of this entry »