Posts Tagged ‘japan’
Ekonomi Jepun Meleset dan Diskaun Tol 10%
Jepun baru-baru ini telah mengumumkan kemelesetan ekonomi telah berlaku di negera mereka buat pertama kali bagi suku ketiga tahun ini sejak 2001. Malah pemerintah negara itu dan para pengamat ekonomi berkata keadaan akan bertambah teruk tidak lama lagi. Jepun merupakan negara yang mempunyai ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.
Keadaan dijangkakan bertambah teruk apabila krisis ini bakal menjejaskan eksport Jepun ke luar negara. Ini menyebabkan syarikat-syarikat daripada Toyota Motor Corp sehingga ke Canon Inc untuk mengurangkan ramalan keuntungan mereka dan mengurangkan pelaburan. Akibat daripada berita ini, pasaran saham Asia turut terjejas.
Waah.. nampaknya memang tidak lama lagi negara kita bakal berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi. Mampukah kita menangani krisis ini seperti pada tahun 1997? Sudahkah kita menyediakan ‘payung’ sebelum masalah ini menimpa? VOY sarankan untuk mereka yang suka berbelanja boros tu, cubalah kurangkan perbelanjaan korang. Kalau dulu beli baju sekali 5 pasang. Mungkin sekarang boleh beli 2 pasang je ataupun beli mana yang perlu sahaja. Kalau ada yang boleh pakai lagi, pakai je la. Tak yah nak beli yang baru.
Satu lagi cerita yang menarik perhatian adalah diskaun tol 10% kepada pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 (kereta biasa) yang menggunakan Lebuh Raya PLUS dan ELITE dari 12 tengah malam hingga 7 pagi. Kadar baru ini akan berkuatkuasa mulai Januari tahun depan.
Malah untuk korang yang selalu balik kampung pada waktu malam pada musim perayaan akan mendapat 10% lagi diskaun tambahan. Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed, diskaun tambahan 10% akan diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh waktu yang sama.
Ini seolah-olah menggalakkan kita untuk balik kampung pada waktu malam. Jadi untuk korang yang tak biasa bawa kereta long distance pada waktu malam, ini mungkin bukanlah berita baik untuk korang. Yang pasti bawa kereta elok-elok terutama pada waktu malam. Memandu waktu malam memang lagi bahaya berbanding pada waktu siang. Pandu cermat jiwa selamat. Macam iklan lah pulak.
Permintaan Pisang Meningkat Untuk Berdiet
Ni ada satu trend diet baru di Jepun. Penduduk-penduduk Jepun kini sudah berebut-rebut untuk membeli pisang untuk dijadikan sebagai makanan diet mereka setiap hari. Malah perkara ini bertambah serius sehingga Jepun kini dilanda masalah kekurangan bekalan pisang.
Pasaraya-pasaraya besar seperti Ito Yokado kehabisan stok sebelum pukul 3 petang. Semua ini bermula apabila buku ‘Morning Banana Diet’ dijual sejak bulan Mac lalu, berjaya dijual sebanyak 730,000 naskah. Diet ini juga bertambah popular apabila wujud sebuah rancangan TV realiti menampilkan seorang penyanyi terkenal di sana. Di dalam rancangan tersebut,beliau berjaya mengurangkan berat sehingga 15 pound dalam masa 6 minggu sahaja.
Diet pisang ni simple jer mengikut buku ‘Morning Banana Diet’. Satu pisang (atau sebanyak mana yang korang mahu) dan segelas air suam untuk sarapan. Makan apa saja makanan yang kita suka untuk makan tengahari dan makan malam (sebelum 8 malam). Snack pada pukul 3 petang dibolehkan namun pastikan tiada dessert selepas makan.
Buku ‘Morning Banana Diet’ ni ditulis oleh seorang ahli farmasi bernama Sumiko Watanabe. Diet ini pada asalnya digunakan untuk menaikkan tahap metabolisma suaminya, Hitoshi Watanabe yang mengalami masalah overweight.
Di Malaysia pula, FAMA telah menggalakkan para petani seluruh Negara untuk meningkatkan pengeluaran pisang berikutan permintaannya yang semakin meningkat dari hari ke hari. Mungkin ini ada kena mengena dengan permintaan yang tinggi di Jepun buat masa ini.
Haa.. apa lagi. Khas untuk sesiapa yang ingin mencuba diet pagi dengan pisang ni amat-amatlah digalakkan. Mungkin boleh kongsi pengalaman korang. Pasni VOY pun nak cuba juga la.Huhuhu.
P/S: Bagus betul penduduk Jepun ni kan? Diorang memang suka membaca. Kalau kat Malaysia ni berapa kerat sangat orang yang suka membaca buku?
Bon Odori Festival at Shah Alam
Bon Odori is back. It will be held at Stadium Matsushita, Shah Alam on 12 July 2008 (today). ‘Obon’ or just ‘Bon’ is a Japanese Buddhist custom to honor the departed spirits of one’s ancestors. While Bon Odori (Bon dance) is an event held during Obon. It is celebrated annually as a reminder of the gratefulness one should feel toward one’s ancestors. In Malaysia, the Bon Odori festival is much more as a cultural thing and it is organized by Japanese Expatriate & Immigrant’s Society in Malaysia.
Lots of Japanese foods will be sold during the event such as Takoyaki, Sushi, Dorayaki (I bet Doraemon will love this), and lots more. The great about this event is that not only the Japanese will be there, but even people from various races will come too. Malay, Chinese, and Indian will also gathered here to celebrate this event.
Here are the details of the event :
- Date: 12 July 2008
- Time: 5pm (Gates Open) to 9.30pm (Closing Address)
- Venue: Shah Alam Matsushita Stadium
- Admission: Free
- Phone: 03-2274 2274 (Japan Club of KL)
Download the location map of Stadium Matsushita here (credits to www.jckl.org.my)
(Klik “Read the rest of the entry” untuk versi Bahasa Melayu)


