Posts Tagged ‘Malaysia’
Jambatan Selat Melaka?

Pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menjelaskan cadangan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka. Tujuan utama pembinaan jambatan sepanjang 52 kilometer itu adalah bagi meningkatkan pembangunan social ekonomi di kedua-dua wilayah tersebut.
Cadangan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka ini juga pernah dicetuskan pada DMDI kelapan tahun lalu. Dianggarkan kos pembinaan jambatan itu akan menelan belanja sehingga mencecah US$11 billion bersamaan dengan RM35.2 billion.
Hmm.. agak menarik juga cadangan ini kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia. Malah ia juga bakal menjadi tarikan para pelancong untuk melihat sebuah jambatan yang berjaya merentasi Selat Melaka. Selat Melaka ni memang cukup popular dari dulu lagi. Dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang, Malah Selat Melaka diiktiraf sebagai sebagai selat yang paling sibuk di dunia.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan membina jambatan tersebut perlu dikaji rapi dan menyeluruh. Ini termasuklah kajian kos pembinaan jambatan dan pulangan yang akan diterima.
“Kita perlu buat kajian menyeluruh (terlebih dahulu) dan kemudian kita kemukakan kepada kedua-dua pemerintah. Kita kena tengok sama ada sesuai atau tidak dari segi kos dan pulangannya,” katanya.
Najib juga berpendapat buat permulaan kedua-dua wilayah itu akan dihubungkan dengan perkhidmatan feri antara Kuala Linggi di Melaka dan Dumai di Sumatera.
“Kita mulakan dengan feri dari Dumai ke Linggi dahulu. Mana tahu jambatan ini akan menjadi kenyataan,” kata beliau sambil memaklumkan perkhidmatan feri tersebut akan beroperasi mulai April tahun depan.
Eh bukan ke dari dulu memang dah ada perkhidmatan feri dari Malaysia ke Dumai, Indonesia? Sebagai contoh dekat Port Dickson ada je perkhidmatan ini ditawarkan. Tapi, elok juga ditambah perkhidmatan ini ditambah. Paling kurang ramai pelancong yang akan berminat datang ke Malaysia. Harap-harap pelancong la dan bukannya pendatang tanpa izin.
Badminton : Sambar 3 Emas
Yeah.. Tahniah tahniah khas buat skuad badminton negara kerana berjaya menyapu tiga kejuaraan di Kejohanan Badminton Siri Super Masters Final di Stadium Tertutup Likas, Kota Kinabalu. Semalam, kita telah berjaya memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki, beregu wanita dan lelaki.
Kemenangan bermula dengan aksi cemerlang jaguh kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei menewaskan jaguh Eropah, Peter Gade dari Denmark dengan 21-7, 21-16. Ini merupakan kali pertama Chong Wei mendapat gelaran juara sejak bergelar pemain nombor satu dunia.
Kemudian, kita mendapat satu lagi berita gembira apabila pasangan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong berjaya menundukkan beregu nombor dua dunia dari Korea Selatan, Jung Jae Sung dan Lee Yong Dae dengan kemenangan 21-14, 21-18.
Setelah itu, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui, pemain beregu perempuan negara, berjaya membuat kejutan dengan menewaskan lawan dari Indonesia, Vita Marissa dan Liliyana Natsir 21-15, 22-20. Memang agak mengejutkan kerana skuad Malaysia jarang memenangi apa-apa kejuaraan bagi kategori perempuan. Ini umpama satu sinar yang baru.
Jadi apakah faktor yang membuatkan kita berjaya merangkul sekaligus tiga kejuaraan di Badminton Siri Super Masters ini? Faktor utamanya mungkin kerana perlawanan itu diadakan di Malaysia dan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para pemain kita untuk memburu kejuaraan. Ye la kalau semua orang bersorak untuk kita, hati mana yang tidak membuak-buak untuk menang. Betul tak?
Ada juga yang berpendapat kemenangan negara kali ini berpunca daripada penarikan diri di saat-saat akhir jaguh-jaguh badminton dari China seperti Lin Dan.
Chong Wei sudah semestinya dapat menarik nafas lega selepas memenangi kejuaraan kali ini kerana beliau sering ditembak dengan pelbagai persoalaan kerana gagal merangkul apa-apa kemenangan setelah bergelar pemain nombor satu dunia.
Chong Wei membawa pulang RM138,900 selaku juara perseorangan manakala juara beregu lelaki dan wanita masing-masing meraih hadiah RM152,404.
Gempa Bumi di Malaysia?
Siapa sangka negara kita, Malaysia akan mengalami masalah gempa bumi. Semalam, gempa bumi berukuran 3.3 pada skala Ritcher berlaku di pedalaman Sandakan, Sabah pada pukul 1.53 tengah hari. Walaubagaimanapun, gempa bumi itu tidak akan membawa sebarang ancaman tsunami.
Agak terkejut juga apabila VOY dapat tahu berita ni. Yela Malaysia kan tidak terletak di dalam kawasan lingkaran api pasifik. Namun baru-baru ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof telah mengumumkan bahawa Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Lahad Datu merupakan empat kawasan yang berisiko tinggi di Malaysia untuk mengalami gempa bumi.
“Amaran awal adalah paling penting bagi memastikan penduduk bersedia menyelamatkan diri sekiranya berlaku gempa bumi dan ia dapat diberikan dalam tempoh 15 minit sekiranya berlaku pergerakan bumi,” katanya lagi.
Haa.. jangan sangka kita tinggal di Malaysia boleh terselamat daripada sebarang bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Tengok la sendiri pada 26 Disember 2004, di mana buat pertama kalinya negara kita dilanda tsunami dan telah mengorbankan banyak nyawa. Apabila perkara ini dah terjadi baru lah kita nak bertindak untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Ini bermaksud kita masih belum bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam. Dah terkena baru nak mengelak.

Sedikit info tentang Lingkaran Api Pasifik:
- kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik.
- hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api.
Bola Sepak Malaysia – Pasukan Kebangsaan
Ok hari ni kita cerita sikit pasal sukan. Agak-agaknya la kan bila kali terakhir korang tengok perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia? VOY sendiri mengaku, dah lama tak tengok pasukan Malaysia berlawan. Malaysia lawan Vietnam masa Pestabola 2008 hari tu pun VOY terlepas pandang. Nasib dapat tengok rakaman balik jer.
Persoalannya di sini kenapa kita tak berminat nak lihat pasukan Malaysia beraksi? Malah kita lebih gemar menghabiskan masa untuk menyaksikan aksi-aksi pasukan luar seperti Manchester United dan Chelsea. VOY cuba mencari jawapan untuk persoalan ini dan ramai yang berpendapat bahawa pasukan kita langsung tidak mempunyai kualiti bertaraf kebangsaan.
Mungkinkah pemain-pemain kebangsaan kini lebih gemar mengejar dunia glamour semata-mata? Maklumlah kalau kita tengok kat majalah-majalah hiburan seperti Hai, URTV, Manga dan sebagainya, pasti ada gambar-gambar pemain-pemain kebangsaan kita. Siap posing tak pakai baju tepi kolam lagi tu. Aish, kalau pencapaian diorang bagus macam Christiano Ronaldo atau David Beckhem tak per jugak. Ini sesi kelayakan untuk masuk ke World Cup pun tak layak.
Malah siap ada yang kata pemain-pemain kita ni lebih gemar fikirkan pasal rambutnya stylo ke tak daripada menumpukan perhatian di padang. Ada juga pemain yang bersikap ego dan tidak boleh menerima teguran. Jurulatih tegur sikit je dah merajuk. Bayangkan pemain Korea Selatan ditampar jurulatih kerana enggan mendengar kata. Kita bukanlah mengharap pemain-pemain kita ni kena tampar, tapi tunjukkan la semangat dan disiplin kita. Bak kata orang kalau belajar, belajar la betul-betul. Kalo nak main, main betul-betul.
Sebut pasal bola ni, ada satu lagi cerita yang VOY dengar. Ni pasal jersi baru pasukan kebangsaan. Ada beberapa pihak kata ada lambang salib kat baju tu. So ape pendapat korang betul ke nampak lambang salib kat baju tu?
Malaysiaku
Setiap hari kita pasti takkan lari daripada isu poitik yang semakin hari semakin panas. Banyak isu yang boleh kita baca dan lihat di media di sana sini. Sebagai contoh isu peralihan kuasa di dalam UMNO, isu pengurus besar PKNS, isu lesen GRO di Perak dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang kita sampai dah tak terlarat nak membaca semua ni. Walau macam mana sekali pun kita cuba mengelak, kita tak boleh lari daripada kenyataan bahawa kita perlu mengambil tahu semua perkara ini. Kang ribut dah melanda Negara baru nak ambil tahu. Kan dah susah.
VOY sedar sejak akhir-akhir ni terlalu banyak isu politik yang digembar-gemburkan oleh pihak media. Ada sampai satu tahap kita tak tahu nak menilai mana satu yang betul dan mana satu yang rekaan semata-mata. Sebagai contoh isu UiTM akan dibuka kepada kaum bukan Bumiputera. Isu ini memang panas lagi-lagi apabila ia dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Abdul Khalid. Tujuan asal Tan Sri Khalid adalah untuk memastikan pelajar-pelajar UiTM berdaya saing, namun ada pihak yang mendakwa beliau cuba mencabar hak bumiputera terutamanya orang Melayu.
Seolah-olah Negara kita kini dilanda gosip-gosip politik. Korang sedar tak sejak akhir-akhir ni tak banyak berita tentang pembangunan Negara? Memang dah kurang pun. Kalau kita lihat masa zaman Tun Dr Mahathir dulu, ada saja benda baru diperkenalkan. KLCC la, ERL la, KL Central dan banyak-banyak lagi. VOY bukannya nak membandingkan sesiapa di sini tapi persoalannya kenapa kita perlu bertelagah semasa sendiri (malah sesama kaum sendiri pulak tu) sehingga pembangunan Negara kita diabaikan? Bak kata pepatah ‘Actions is better than just words’.
Malah ada juga berpendapat Negara bakal diancam kegawatan ekonomi tidak lama lagi. Adakah kita sudah bersedia menghadapinya untuk kali kedua?
VOY juga melihat kes-kes jenayah juga makin meningkat dari hari ke hari. Semalam, seorang juruwang sambilan stesen minyak mati ditetak seorang penyamun. Dah banyak kes bunuh-membunuh berlaku. Dulu pencuri hanya mencuri. Kini diorang dah semakin berani nak membunuh pulak. Apa nak jadi dengan dunia dan Negara kita sekarang? Walaupun kes lumba haram tidak banyak dilaporkan kini, namun perkara ini tetap berlaku. Rakyat Malaysia seolah-olah sudah menerima perkara ini dan hanya boleh duduk diam saja. Adakala kita sampai terpaksa slow down untuk beri laluan kepada mat-mat rempit ni berlumba. Kalau kita sound, habis kita dibelasah nanti.
Korang rasa la apa agaknya akan terjadi kepada Negara kita di masa akan datang? Adakah kita akan terus maju ke hadapan ataupun berkemungkinan berhadapan dengan masalah seperti yang melanda di negara-negara jiran kita.
P/s : Dengar cite tak lama lagi harga minyak akan diturunkan lagi. Kalo turun alangkah seronoknya hati haha.
Malaysia Terima Anugerah ‘Island of Peace’
Kalau korang nak tau, semalam Malaysia baru je dapat anugerah dan gelaran daripada Persatuan Pendidik Antarabangsa Bagi Keamanan Dunia (IAEWP). Negara kita mendapat anugerah Island of Peace (Pulau Keamanan). Wow sejak bila pulak Negara kita ni sebuah pulau yer? Huhuhu..
Pada masa yang sama juga, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai dan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima Anugerah Presiden Kehormat IAEWP dan Anugerah Kepimpinan Global IAEWP.
VOY mendapat maklumat daripada website http://www.worldpeace.com.my/iaewp/ ,dan mendapati antara faktor-faktor yang mendorang pemilihan Malaysia sebagai Island of Peace adalah:
RECOGNITION TO MALAYSIA
Malaysia under the leadership of Prime Minister Dato’ Seri Abdullah has now become an international icon of peace and in recognition of Malaysia’s contribution to world peace; a special ISLAND OF PEACE Award would be conferred to this peaceful nation.
RECOGNITION TO THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA
During the 18TH WORLD PEACE CONGRESS an IAEWP World Peace Medals would be conferred upon the Prime Minister, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi and Deputy Prime Minister, Dato’ Sri Najib Tun Razak in recognition of their contribution to foster the ideals of humanitarianism through peace, solidarity and promotion of international understanding through integrated peace initiatives in the region.
Pada pendapat korang sendiri la, adakah Malaysia layak menerima gelaran ini memandangkan banyak jugak peristiwa-peristiwa yang dah berlaku kat Malaysia ni seperti rusuhan dan sebagainya. Mungkin apa yang berlaku kat Malaysia ni tak der la seteruk kat Negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand, dan ini membuatkan kita layak menerima gelaran itu.
Apa yang pasti walaupun kita menerima gelaran itu, tidak semestinya kita boleh menarik nafas lega dengan begitu saje. Keamanan di Malaysia ni perlu dijaga dan dikekalkan oleh kita sendiri. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sekiranya kita hilang semangat perpaduan sesama kaum, tidak mustahil peristiwa 13 Mei bakal berulang kembali.
Eurocopter bernilai RM193 juta?
Baru-baru ini kerajaan telah membeli 12 buah helikopter bagi menggantikan pesawat Nuri. Walau bagaimanapun satu spekulasi telah timbul apabila Angkatan Muda Rakyat PKR mula mempertikaikan harga pembelian helikopter Eurocopter EC-725 itu.
Mengikut kata Angkatan Muda PKR, Brazil telah membeli helikopter yang sama pada harga yang lebih murah iaitu RM82 juta sebuah manakala Malaysia membayar sejumlah RM193 juta bagi helikopter tersebut.
Timbalan AMK, Mohd Fairuz Musa berkata ,”Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar.”
Fairuz juga telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi berkenaan isu ini. “Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah. Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang,” tambahnya lagi.
Kontroversi pembelian ini mula muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu. Isu yang sama juga dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan telah menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar biasa seperti yang didakwa oleh syarikat tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, juga selaku Menteri Keewangan berkata perkara itu akan tetap dikaji secara mendalam oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan.”


