Posts Tagged ‘minyak turun’
Harga Minyak Mungkin Naik Balik?
Ok awal pagi tadi, harga minyak baru jer diturunkan sebanyak 15sen iaitu daripada RM2.15 kepada RM2.00 seliter. Harga diesel pula diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90. Memang satu berita gembira la kan untuk kita semua. Lagi-lagi mereka yang banyak travel setiap hari. Sedar tak sedar ni dah kali kelima minyak diturunkan selepas harga minyak naik mendadak pada bulan Jun yang lalu.
Walau bagaimanapun, harga barang masih tak turun-turun. Kalo ade yang turun pun sesetengah barang je seperti beras, roti canai, dan teh tarik. Jadi macam mana kita nak menangani masalah ni? Pak Lah mencadangkan agar kita semua memboikot barang-barang yang dijual dengan harga yang mahal. Masalahnya bukan senang. Sebab kebanyakan barang yang mahal ni merupakan barang-barang keperluan harian kita. Nak boikot boleh, takut nanti kita tinggal dalam gua je la.
Seperkara lagi, harga minyak mungkin akan kembali naik kerana baru-baru ini berlaku kes kapal minyak Arab Saudi dirompak oleh lanun-lanun Somalia. Jika kejadian ini terus berlaku, Arab Saudi terpaksa mengambil laluan yang lebih jauh untuk menghantar minyak mereka dan ini bakal mengakibatkan harga minyak di pasaran dunia meningkat. Walaupun tak banyak still akan naik juga. So kita kenalah beware dengan perkara ini sebab sekarang kan harga minyak di Malaysia tidak menentu kerana ia mengikut harga pasaran dunia.
Apa-apa hal pun kita kena bersyukur juga dengan penurunan minyak kali ni. Ye la kalau kerajaan still maintainkan harga minyak kat RM2.70 sampai sekarang, memang merana kita dibuatnya. Sejauh mana kita menghargai usaha kerajaan dalam menurunkan harga minyak? Fikirkan.
Harga Minyak Mungkin Akan Diturunkan Esok
Harga petrol dijangka akan diturunkan sebanyak 15sen seliter pada hari esok (12.01 pagi). Ini merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak sejak bulan Ogos yang lalu. Ini juga bermaksud RON97 akan dikurangkan kepada RM2.15 seliter. Harga RON92 juga dijangka akan dikurangkan tidak lama lagi.
Presiden PDAM (Petrol Dealers Association of Malaysia), Abdul Wahid Bidin berkata mereka menjangkakan harga minyak akan diturunkan pada awal pagi esok walaupun mereka masih belum mendapat apa-apa arahan daripada Kementerian Keewangan.
Satu lagi khabar angin mengatakan bahawa harga minyak mungkin bakal diturunkan pada 15 November ini. Namun, Datuk Shahrir Abdul Samad enggan mengulas lebih lanjut tentang tarikh sebenar.
Beliau berkata agak sukar untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan Kedua dan dirinya bertemu pada masa yang sama. Namun, hari ini mesyuarat Kabinet bakal diadakan. Ada kemungkinan yang ianya akan diperbincangkan nanti.
Shahrir juga berkata kerajaan akan cuba mengurangkan harga minyak dua minggu sekali memandangkan agak sukar untuk ianya dikurangkan setiap minggu. Ini kerana jangkamasa satu minggu terlalu pendek untuk kesannya dirasai.
Meh kita sama-sama berdoa harap-harap minyak akan diturunkan pada tengah malam ini!!
Harga Minyak Turun Malam Ini!!
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.
Sumber : Utusan
P/s: Korang rasa cukup ke dengan penurunan sebanyak 10 sen? Dulu pun pernah turun 15 sen. Jadi sekarang ini jumlahnya 25 sen dah turun? Apa komen korang?


