Posts Tagged ‘petrol’

Harga Minyak Mungkin Naik Balik?

Graf MinyakOk awal pagi tadi, harga minyak baru jer diturunkan sebanyak 15sen iaitu daripada RM2.15 kepada RM2.00 seliter. Harga diesel pula diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90. Memang satu berita gembira la kan untuk kita semua. Lagi-lagi mereka yang banyak travel setiap hari. Sedar tak sedar ni dah kali kelima minyak diturunkan selepas harga minyak naik mendadak pada bulan Jun yang lalu.

Walau bagaimanapun, harga barang masih tak turun-turun. Kalo ade yang turun pun sesetengah barang je seperti beras, roti canai, dan teh tarik. Jadi macam mana kita nak menangani masalah ni? Pak Lah mencadangkan agar kita semua memboikot barang-barang yang dijual dengan harga yang mahal. Masalahnya bukan senang. Sebab kebanyakan barang yang mahal ni merupakan barang-barang keperluan harian kita. Nak boikot boleh, takut nanti kita tinggal dalam gua je la.

Seperkara lagi, harga minyak mungkin akan kembali naik kerana baru-baru ini berlaku kes kapal minyak Arab Saudi dirompak oleh lanun-lanun Somalia. Jika kejadian ini terus berlaku, Arab Saudi terpaksa mengambil laluan yang lebih jauh untuk menghantar minyak mereka dan ini bakal mengakibatkan harga minyak di pasaran dunia meningkat. Walaupun tak banyak still akan naik juga. So kita kenalah beware dengan perkara ini sebab sekarang kan harga minyak di Malaysia tidak menentu kerana ia mengikut harga pasaran dunia.

Apa-apa hal pun kita kena bersyukur juga dengan penurunan minyak kali ni. Ye la kalau kerajaan still maintainkan harga minyak kat RM2.70 sampai sekarang, memang merana kita dibuatnya. Sejauh mana kita menghargai usaha kerajaan dalam menurunkan harga minyak? Fikirkan.

Read the rest of this entry »

Mungkinkah Petrol Turun Lagi?

PetrolPerkara ini mungkin terjadi ekoran daripada penurunan harga minyak mentah global yang turun secara mendadak sejak akahir-akhir ini. Kerajaan telah membayangkan harga runcit petrol dan diesel mungkin akan diturunkan pada akhir bulan ini.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara ini. Beliau juga berkata penurunan harga minyak mentah berlaku sehingga mencecah AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.

Mengikut para penganalisis pula, mereka meramalkan fenomena penurunan harga minyak akan berterusan. Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong pada tahun depan.

Pada tiga bulan yang lalu, harga minyak mentah dunia berada di paras tertinggi dalam sejarah iaitu pada AS$147 (RM524.79) setong.

P/S: Jom kita doa harap-harap harga minyak akan turun hingga mencecah RM2.00 seliter hehe.

Read the rest of this entry »

Adakah Kereta Hybrid Mampu Dimiliki?

Honda Civic Hybrid

Kereta Hybrid sememangnya sudah terkenal kerana ia mampu menjimatkan penggunaan minyak. Namun kereta hybrid masih belum meluas di pasaran. Antara faktor utama adalah harganya yang lebih mahal berbanding kereta yang menggunakan petrol sepenuhnya sebagai bahan api.

Sebuah kereta hybrid buatan Honda berkapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Manakala kos bagi kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran hanya berharga antara RM110,000 sehingga RM120,000.

Perbezaan besar ini terjadi kerana reka bentuk kereta hybrid yang lebih kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal bagi meringankan keseluruhan kenderaan.

Mengikut pendapat Prof Dr Azhar Abdul Aziz, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kos kereta hybrid boleh dikurangkan dengan penggunaan komponen elektrik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi daripada kerajaan.

Pada bulan lepas, Honda Malaysia Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan harga terbaru yang dikaji semula bagi model Civic Hybrid tidak lama lagi. Ia merupaka langkah susulan yang dilaksanakan oleh syarikat itu selepas kerajaan telah mengumumkan insentif menarik berhubung kenderaan hybrid dalam Bajet 2009.

Dalam Bajet 2009, kerajaan telah mencadangkan pengecualian duti import sebanyak 100% dan duti eksais sebanyak 50% kepada pemegang francais yang mengimport kereta hybrid pasang siap (CBU) dengan kapasiti enjin di bawah 2,000 cc. Pengecualian itu adalah selama 2 tahun sebagai persediaan untuk mereka memasang kereta itu di dalam negara.

Ketika ini, pengeluar kereta gergasi sedang berlumba-lumba untuk memajukan kereta hybrid bagi memenuhi permintaan pengguna. Pengeluar kereta kecil, seperti Proton, terpaksa menghadapi cabaran sama ada untuk turut mengeluarkan kereta ini atau mereka terus ketinggalan di belakang.

Read the rest of this entry »

Minyak Mungkin Turun Menjelang Aidilfitri

Berita terkini berkenaan harga minyak. Seperti yang kita semua sudah tahu, Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah membuat pengumuman bahawa harga minyak mungkin akan diturunkan lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kita bakal mengetahui keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

‘‘Pengumuman penurunan harga itu memerlukan sedikit penyesuaian bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan secara mendadak dalam pasaran,” kata Sharir tanpa mahu mengesahkan jika penurunan harga minyak akan dilakukan sebelum Aidilfitri.

Shahrir juga mengulas tentang trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah paras AS$100 (RM340) setong jika dibandingkan dengan harga pada awal Julai lalu iaitu AS$148 (RM482).

Seperti yang kita tahu, di saat tibanya musim perayaan, permintaan terhadap barang keperluan akan meningkat. Jadi, mungkinkah harga barang keperluan akan menurun sekiranya harga minyak diturunkan beberapa hari sebelum tibanya Aidilfitri?

Jika kita lihat daripada keadaan sebelum-sebelum ini, harga barang keperluan berkemungkinan besar akan tetap kekal walaupun harga minyak telah diturunkan. Para peniaga memerlukan masa untuk menstrukturkan kembali harga barang di pasaran dan perkara ini amat sukar dilakukan dengan serta-merta kecuali dengan arahan daripada pihak kerajaan.

Shahrir juga berkata sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan dijangka akan ditentukan kaedah perlaksanaannya selewat-lewatnya pertengahan bulan depan. Sistem dua pam merupakan satu kaedah bagi memastikan warga asing tidak dapat membeli minyak dengan kadar subsidi seperti yang dinikmati rakyat tempatan.

Satu pam akan dikhaskan untuk pembelian oleh rakyat tempatan dengan kadar subsidi dan satu pam lagi untuk rakyat asing, di mana petrol akan dijual berdasarkan harga pasaran semasa.

Read the rest of this entry »

Sistem Rebat Tunai Dikaji Semula

FuelSistem rebat tunai subsidi petrol dan diesel untuk kenderaan akan dikaji semula bagi menggantikan sistem itu dengan menurunkan lagi harga bahan api itu sebanyak 40 sen seliter mengikut tahap penggunaan dalam negara pada Mac depan.

Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, berkata tindakan itu akan dilaksanakan bagi memastikan rakyat memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kaedah yang dilaksanakan sekarang. Ia akan dilaksanakan selepas tempoh pemberian rebat tamat Mac tahun depan.

“Sistem rebat ini nampaknya tidak banyak kesan. Jika kita terjemahkan rebat RM625 mengikut setiap liter minyak, ia lebih kurang 40 sen nilainya setiap liter. Maknanya, jika kaedah rebat itu tidak digunakan dan diganti dalam bentuk pengurangan harga di pam, harga minyak boleh turun antara 35 hingga 40 sen seliter lagi,” katanya lagi.

Langkah memperkenalkan sistem rebat itu sebenarnya untuk mengelak pemilik kenderaan mewah daripada memperoleh subsidi bahan api kerana mereka sememangnya tidak layak.

“Malangnya, ramai orang apabila memperoleh rebat berbentuk wang tunai itu, mereka gunakan untuk tujuan lain. Oleh itu, lebih baik kita turunkan harga minyak,” katanya.

Perlukah sistem rebat tunai ini dikaji semula sedangkan sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bahawa sistem ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak di pasaran. Kini kerajaan kembali kepada cara yang lama iaitu pemberian subsidi. Ini seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak mengkaji sistem itu dengan cukup mendalam sebelum ia dilaksanakan. Ada juga berpendapat perkara ini diumumkan bagi memancing hati pengundi di Permatang Pauh.

Pemberian subsidi merupakan cara yang lebih baik jika kita cuba bandingkan ia dengan sistem rebat tunai. Ini kerana harga minyak berkait rapat dengan harga barang keperluan pengguna. Oleh itu dengan adanya sistem subsidi, kadar kenaikan harga barang keperluan akan berkurang dan ini sememangnya akan mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Persoalannya sekarang adakah harga barang akan diturunkan sekiranya harga bahan api dikurangkan lagi? Mahukah peniaga melakukan perkara sedemikian setelah mereka menaikkan harga barang jualan mereka?

(Click “Read the rest of the entry” for the English version)

Read the rest of this entry »

Harga Minyak Turun Tengah Malam Ini!!

Minyak turun

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter mulai hari esok (12 tengah malam ini).

Akhirnya turun juga harga minyak setelah lama kita menunggu. Persoalannya kenapa lambat sangat ia dilaksanakan? Sedangkan pada masa kenaikan harga minyak yang dulu, ia dilaksanakan serta-merta. Ada juga pihak yang beranggapan penurunan harga minyak ini berkait rapat dengan Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh.

Walau apa-apa pun tanggapan orang, yang pasti harga minyak sudah turun. Kita patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kita selama ini.

Sumber : Malaysiakini dan Utusan Online

(Click “Read the rest of the entry” for the English version)

Read the rest of this entry »

Harga Minyak Berubah Ikut Pasaran

pump

Harga runcit petrol akan ditetapkan pada awal setiap bulan berdasarkan purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia dengan subsidi dikekalkan pada kadar 30 sen seliter mulai 1 September ini. Berdasarkan kaedah ini, harga runcit petrol akan diturunkan jika purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut ke bawah paras AS$125 setong.

“Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan dinaikkan melebihi paras RM2.70 seliter yang sedia ada pada tahun ini”,kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam. Ini bererti bahawa harga maksimum minyak adalah RM2.70 seliter dan akan berkurang mengikut harga pasaran. Ia tidak akan dinaikkan lagi walaupun harga minyak mentah di pasaran naik melebihi AS$125 setong.

Beliau juga berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas meneliti aliran penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia kebelakangan ini yang susut kepada AS$122 setong Selasa lalu.

Pada bulan Jun yang lalu, kerajaan telah menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen manakala RM1 untuk diesel. Malah Perdana Menteri juga telah memberi jaminan bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan lagi melebihi RM2.70 sepanjang tahun ini.

Beliau juga ditanya jika pengumuman itu dibuat sebagai gimik politik kerajaan bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding di pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan beliau menjawab keputusan itu telah dibuat lebih awal.

(Click “Read the rest of the entry” for the English version)

Read the rest of this entry »