Posts Tagged ‘sabah’
Gempa Bumi di Malaysia?
Siapa sangka negara kita, Malaysia akan mengalami masalah gempa bumi. Semalam, gempa bumi berukuran 3.3 pada skala Ritcher berlaku di pedalaman Sandakan, Sabah pada pukul 1.53 tengah hari. Walaubagaimanapun, gempa bumi itu tidak akan membawa sebarang ancaman tsunami.
Agak terkejut juga apabila VOY dapat tahu berita ni. Yela Malaysia kan tidak terletak di dalam kawasan lingkaran api pasifik. Namun baru-baru ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof telah mengumumkan bahawa Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Lahad Datu merupakan empat kawasan yang berisiko tinggi di Malaysia untuk mengalami gempa bumi.
“Amaran awal adalah paling penting bagi memastikan penduduk bersedia menyelamatkan diri sekiranya berlaku gempa bumi dan ia dapat diberikan dalam tempoh 15 minit sekiranya berlaku pergerakan bumi,” katanya lagi.
Haa.. jangan sangka kita tinggal di Malaysia boleh terselamat daripada sebarang bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Tengok la sendiri pada 26 Disember 2004, di mana buat pertama kalinya negara kita dilanda tsunami dan telah mengorbankan banyak nyawa. Apabila perkara ini dah terjadi baru lah kita nak bertindak untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Ini bermaksud kita masih belum bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam. Dah terkena baru nak mengelak.

Sedikit info tentang Lingkaran Api Pasifik:
- kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik.
- hampir 90% daripada gempa bumi yang terjadi dan 81% dari gempa bumi terbesar terjadi di sepanjang Lingkaran Api.
16 September = Malaysia Day
The government has declared 16 September as Malaysia Day as it is the day that Sabah and Sarawak joined Malaysia. Malaysia Day will be celebrated all over the nation.
The Minister of Unity, Culture, Arts and Heritage, Datuk Seri Shafie Apdal says Malaysia Day is more significant to be celebrated by the whole nation as opposed to only being celebrated in Sabah and Sarawak previously.
“Malaysia Day will be celebrated across the whole nation as it is a historical date of the merging of Sabah and Sarawak with Malaya,” he said.
This year, the celebration which will be held in Sabah on 18 October as 16 September falls in the fasting month of Ramadan and is not suitable for celebrations such as this. Next year, the celebrations will be held in Sarawak and for the following years, it will be held in the Peninsular.
It’s strage to me how only this year they decided to declare Malaysia Day. Is it after much pressure from a certain parties?
Cadangan Cuti 16 September dan Malaysia Baru
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan agar cuti umum diisytiharkan di lima negeri Pakatan Rakyat pada 16 September setiap tahun. Cadangan itu dibuat sempena memperingati penubuhan Malaysia dan kemasukan Sabah dan Sarawak.
Malah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga bersetuju dengan cadangan Anwar. Bagaimanapun beliau masih belum memberi kata putus sama ada Kelantan akan mula melaksanakan cuti umum itu pada tahun ini.
Pada pandangan Pengerusi Perhubungan Keadilan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir, tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia merupakan peristiwa penting bagi rakyat di negara ini. Ini kerana tanggal 31 Ogos 1957 sebenarnya tidak memberi banyak makna kepada penduduk di Sabah dan Sarawak kerana mereka masih berada di bawah belenggu penjajah ketika itu. Pada 16 September 1963 barulah kedua-dua negeri terbabit merasai nikmat kemerdekaan yang sebenar-benarnya.
Namun ada juga beberapa pihak yang menganggap cadangan Anwar itu tidak releven kerana ia bermotifkan politik.
Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, cuti umum itu tidak perlu kerana selain boleh menjejaskan produktiviti ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat. Beliau juga berkata, Anwar cuba menanamkan nilai-nilai patriotik menerusi cadangan itu, namun ia tidak membawa makna kerana tarikh sambutan Hari Kebangsaan yang bermula 31 Ogos sehingga 16 September setiap tahun sudah memadai untuk tujuan tersebut.
Malah, Prof. Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan cadangan Anwar itu hanyalah sebagai gimik daripada seorang ahli politik yang ketandusan idea dan bertujuan mengalih perhatian daripada isu-isu besar.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membuat kenyataan akan menurunkan harga petroleum serta membebaskan semua tahanan ISA sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini. Tarikh keramat itu juga diambil bersempena dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.
“16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, ” jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.
(Clik “Read the rest of the entry” for the English version)


